‘PASleak’: Jika benar, ia amat memalukan negara – Jazlan

‘PASleak’: Jika benar, ia amat memalukan negara – Jazlan

Jika pendedahan dokumen disebut sebagai “PASleak” yang mengandungi dakwaan campur tangan dalam proses kehakiman adalah benar, ia satu perkara yang amat memalukan negara, kata Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub.

Ahmad Jazlan berkata, ini kerana ia suatu komplot pemusnahan karekter secara jahat dan kotor oleh Perikatan Nasional (PN).

“Sekiranya perkara ini tidak benar, PAS perlu segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan tuntas dijalankan kerana ia melibatkan nama baik institusi kehakiman dan perundangan negara yang perlu dipertahankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu dokumen itu antara lain mengandungi dakwaan Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar dan seorang lagi pemimpin parti dengan beberapa pemimpin Umno, Bersatu dan Pejuang antara 24 Mac dan 7 April.

Dokumen itu antara lain mendakwa seorang ahli politik memberitahu pemimpin PAS bahawa peguam negara dan ketua hakim negara setuju untuk mempercepatkan kes dan pemenjaraan Zahid dan Najib.

Malaysiakini telah menghubungi Pejabat Peguam Negara serta individu lain yang dinamakan dokumen itu untuk mendapatkan maklum balas berkenaan perkara ini.

Samsuri bagaimanapun menafikan dakwaan dalam dokumen itu tetapi pada masa sama mengaku ada bertemu dengan beberapa individu yang dinamakan.

Sementara itu Ahmad Jazlan berkata pihaknya turut mendesak PAS memberi penjelasan di atas dakwaan yang menurutnya amat mengejutkan dalam dokumen yang tular itu.

“Pendedahan ini menunjukkan adanya campur tangan di dalam ‘kes rekaan’ yang sedang dihadapi oleh dua pemimpin utama Umno sekaligus akan memberi gambaran bahawa PAS dan Bersatu berniat jahat dengan mencampuri sistem perundangan negara dengan cara yang kotor,” katanya yang juga anggota Parlimen Machang. Mk

‘PASleak’: Jika benar, ia amat memalukan negara – Jazlan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker