Resepi biskut strawberi walnut terbaik
Resepi biskut strawberi walnut terbaik
Dah mula buat kuih raya? Dah tak lama kita nak sambut raya. Elok mula buat kuih raya.
Jangan last minute, nanti takut tak sempat nak buat kuih.
Jika anda mencari resepi biskut raya mudah dan sedap, apa kata cuba resepi biskut strawberi walnut ini. Memang berbaloi!
Rasa dia memang terbaik, cair dalam mulut la katakan. Nak buat biskut ni pun senang sangat. Pasti mudah.
BAHAN-BAHAN
1 cawan mentega
1/2 cawan kacang walnut | cincang
1/2 cawan gula aising
1/2 cawan cip coklat
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil perisa strawberi
2 sudu besar pewarna merah jambu
2 cawan tepung gandum | ayak
1 sudu kecil serbuk penaik | ayak
1 sudu kecil soda bikarbonat | ayak
CARA MENYEDIAKAN
1.Campurkan mentega dan gula, kemudian pukul hingga kembang.
2.Masukkan tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat, esen vanila, perisa strawberi serta pewarna merah jambu.
3.Gaulkan semua bahan tersebut hingga sebati. Kemudian masukkan kacang walnut dan cip coklat.
4.Bentukkan mengikut citarasa dan susun atas dulang pembakar. Bakar dalam ketuhar hingga masak
Dah siap pun. Kan senang jer. Jangan lupa buat banyak-banyak bagi kat jiran-jiran ok.
Resepi: Along Masterchef Malaysia 2
Resepi biskut strawberi walnut terbaik
Baca Artikel Menarik:
- DAP dan Amanah tekad tidak akan terima Bersatu dan PAS
- Tembakan rambang selepas tarawih di masjid Kanada cederakan 5 orang
- Sam bebas dengan ikat jamin, dibenar rayu kes ‘basikal lajak’
- Mahu ‘Kerjakan’ Menteri Kewangan, Tengku Zafrul balas komen Ayahanda Rani Kulop
- Teruk Dikecam, Peguam Siti Bainun Didakwa ‘Koyak’ [VIDEO]
- Menteri mahu Tan Sri dan bekas pegawai tinggi polis didakwa
- Burukkan Imej Islam, Penari Lagu Raya Aliff Syukri Teruk Dikecam
- Sejak bila GPS isytihar sebahagian PN? – Ahmad Maslan
- Polis cari warga asing tak pakai pelitup muka, tunjuk isyarat lucah
- Kutuk tindakan cucuh mercun ke dubur kucing
- Lelaki diseret Myvi lari dari orang awam
- Kamu ada akal, Najib soal ketua pemuda Bersatu berkait foto bersama Siti Bainun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat
You must be logged in to post a comment.