Lelaki mendadak berubah jadi Spiderman di tengah jalan

JAKARTA – Aksi spontan seorang lelaki meniru gaya adiwira Spiderman di tengah sebatang jalan yang sibuk di Kota Batu, Jawa Timur menjadi tular dengan netizen kehairanan melihat sikapnya, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Berdasarkan klip video yang tular di media sosial, lelaki tersebut dikatakan seorang pemandu yang telah disaman oleh polis.

Secara tiba-tiba, dia membuat gaya seperti yang sering dilakukan oleh watak adiwira Spiderman ketika berhadapan dengan musuh dengan kedua-dua tangannya dicengkam pada atas jalan raya.

Aksi itu dilakukan di tengah-tengah jalan raya yang sibuk dengan kenderaan lalu-lalang.

Di samping lelaki tersebut, terdapat seorang anggota polis terpaksa mengawal lalu lintas yang menjadi sesak disebabkan lagak bersahaja lelaki berkenaan.

Tiada sebarang penjelasan mengenai alasan kepada aksi lelaki tersebut buat masa ini. Namun, video itu menjadi tular dengan netizen memberi pelbagai komen lucu untuk  meneka punca kepada tindakan tersebut.

“Keretanya dapat surat saman, jadi mungkin dia tertekan dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” kata seorang netizen.

“Peter Parker (nama watak Spiderman) sedang mengadakan penggambaran di Indonesia,” kata seorang lagi pengguna. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker