Jambatan kaca paling panjang dibuka akhir bulan ini

Jambatan kaca paling panjang dibuka akhir bulan ini

HANOI – Pegawai-pegawai pelancongan di Vietnam memaklumkan bahawa sebuah jambatan kaca sepanjang 632 meter yang akan dibuka kepada pelancong tidak lama lagi, dipercayai merupakan jambatan kaca terpanjang di dunia, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Pegawai-pegawai pulau pelancongan Moc Chau di wilayah Son La berkata, jambatan Bach Long itu akan dibuka pada 30 April ini sempena cuti Hari Penyatuan Semula.



Butiran mengenai Bach Long diserahkan kepada Guinness World Records untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai jambatan kaca terpanjang di dunia.

Rekod semasa kategori itu menjadi milik jambatan kaca sepanjang 429.98 meter yang dibina di atas Ngarai Besar Zhangjiajie di wilayah Hunan, China.

Ketinggian jambatan Bach Long dari tanah adalah kira-kira 150 meter.

Geladak jambatan itu diperbuat daripada kaca kukuh yang dihasilkan oleh syarikat terkemuka Perancis, Saint Gobai dan mempunyai tiga lapisan setebal 40 milimeter.



Menurut pihak berkuasa pelancongan Vietnam, hanya 500 pelancong akan dibenarkan berada di atas jambatan itu pada satu-satu masa kerana mengambil kira faktor keselamatan. K Online

Jambatan kaca paling panjang dibuka akhir bulan ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan



Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker