Lori Muatan Cat Terbabas: Pemandu Maut, Kelindan Selamat

Lori Muatan Cat Terbabas: Pemandu Maut, Kelindan Selamat

SLIM RIVER: Seorang pemandu lori maut selepas lori tiga tan yang membawa muatan cat dipandunya terbabas di bahu jalan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, pagi ini.

Dalam kejadian di Kilometer 381.4 PLUS itu, seorang kelindan yang turut berada di dalam kenderaan tersebut selamat.



Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai M. Mohan, 67 tahun.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.39 pagi dan seterusnya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River bergegas ke lokasi.

“Terdapat dua mangsa dalam kemalangan yang membabitkan sebuah lori tiga tan (muatan cat) yang terbabas di bahu jalan di lebuh raya.



Foto JBPM Perak

Katanya, anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang diketuai oleh PBK II Saijul Amri Malik itu tamat pada jam 9.34 pagi.-AA

Lori Muatan Cat Terbabas: Pemandu Maut, Kelindan Selamat



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet



Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker