Guru pilih bersara awal, Tok Mat gesa kerajaan campur tangan

Guru pilih bersara awal, Tok Mat gesa kerajaan campur tangan

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menzahirkan kebimbangan mengenai trend guru yang memilih untuk bersara awal dan menggesa kerajaan campur tangan bagi mengelakkan krisis pendidikan di negara ini.

Ini susulan anggaran Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bahawa lebih 10,000 guru membuat pilihan persaraan awal sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Mohamad berkata, jumlah yang didedahkan NUTP itu jauh melebihi angka yang didedahkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai persaraan pilihan.

Menurut KPM, ia menerima 4,360 permohonan persaraan pilihan setakat November lepas.

“Jika anggaran yang dibuat oleh NUTP itu benar, maka ‘trend’ bersara awal mahupun berhenti dan meninggalkan perkhidmatan dalam kalangan guru ini adalah sangat membimbangkan.

“KPM wajar tampil menjelaskan angka sebenar dan menjelaskan dengan terperinci kegusaran NUTP itu,” kata Mohamad.

Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa wabak Covid-19 mungkin menyumbang kepada trend ini, selain bebanan kerja perkeranian yang mengganggu tugas hakiki mereka.

Beliau menggesa kerajaan campur tangan bagi mengelakkan negara kehilangan guru berpengalaman.

“Sekiranya berlanjutan, negara bakal menghadapi krisis pendidikan yang lebih kritikal. Ia akan memberi kesan kepada kualiti dan kebolehsaingan sistem pendidikan kita,” katanya. FMT

Guru pilih bersara awal, Tok Mat gesa kerajaan campur tangan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker