Gabungan ulamak & NGO Islam jadi benteng agama
Formula gandingan antara para ulama dan aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam diyakini mampu menghasilkan kekuatan baharu, terutama sebagai benteng kepada ancaman-ancaman terhadap Islam serta institusi-institusinya di Malaysia.
Apatah lagi, kebelakangan ini ancaman terhadap Islam dari segi perundangan, pemikiran, ekonomi dan sebagainya semakin menjadi-jadi.
Maka, atas kesedaran itu Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA) telah menganjurkan Konvensyen Ulama dan Dai’e Pembela Islam yang mengumpulkan para ulama, asatizah dan dai’e daripada pelbagai latar belakang bagi bersama-sama NGO Islam dalam perjuangan membela agama secara strategik.
Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya melalui ucaptama konvensyen yang diadakan di Cyberjaya, semalam menggariskan lima tanggungjawab bersama sebagai asas gerak kerja yang bakal dirangka bersama bagi agenda itu:
i. Masuliyah Robbaniyah dalam erti kata bahawa tanggungjawab ini adalah amanah yang diberikan Allah kepada kita untuk mengangkat umat ini, bangsa ini ke tahap kemuliaan, memiliki izzah dan risalah. Kita menjadi mubassyir wa munzir pada bangsa kita dan meningkatkan karomatul islam wal muslimin;
ii. Masuliyah Dakwah (tanggungjawab dakwah) iaitu dakwah yang terangkum makna amar makruf dan nahi mungkar yang memerlukan kita memiliki rasa izzah, rasa syajaah (keberanian) dan berpaksikan pada akidah dan idealism yang kuat;
iii. Masuliyah Wathoniyah (tanggungjawab nasional) yang bermaksud bahawa kita bertanggungjawab menjaga kesatuan umat, kesatuan bangsa serta membangunkan kualiti umat khususnya umat Melayu Islam serta kesejahteraan negara;
iv. Masuliyah Alamiyah (tanggungjawab antarabangsa) yang prihatin terhadap keadaan dunia khususnya negara-negara islam. Mereka adalah sebahagian dari kita;
v. Masuliyah Insaniyah (tanggungjawab kemanusiaan) dalam erti kata kita lahir untuk menebar rahmah wal mawaddah, kita lahir untuk mengembalikan izzah dan karomah umat, juga kita lahir untuk memikul amanah dan masuliyah kepada semua bangsa tanpa mengira warna kulit.
“Kami ingin merakamkan ucapan jazakallahukhairan kathira kepada semua peserta yang datang dari seluruh negara yang sanggup bersusah payah dalam keadaan berpuasa.
“Ini saya yakin adalah lahir dari kesedaran para ulama dan asatizah serta dai’e semua terhadap tanggungjawab dakwah yang perlu kita sama-sama pikul.
“Mudah-mudahan perbincangan kali ini akan melahirkan natijah kepada gerak kerja yang lebih bermatlamat, tersusun, terarah dan paling penting berimpak tinggi,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- DAP dan Amanah tekad tidak akan terima Bersatu dan PAS
- Tembakan rambang selepas tarawih di masjid Kanada cederakan 5 orang
- Sam bebas dengan ikat jamin, dibenar rayu kes ‘basikal lajak’
- Mahu ‘Kerjakan’ Menteri Kewangan, Tengku Zafrul balas komen Ayahanda Rani Kulop
- Teruk Dikecam, Peguam Siti Bainun Didakwa ‘Koyak’ [VIDEO]
- Menteri mahu Tan Sri dan bekas pegawai tinggi polis didakwa
- Burukkan Imej Islam, Penari Lagu Raya Aliff Syukri Teruk Dikecam
- Sejak bila GPS isytihar sebahagian PN? – Ahmad Maslan
- Polis cari warga asing tak pakai pelitup muka, tunjuk isyarat lucah
- Kutuk tindakan cucuh mercun ke dubur kucing
- Lelaki diseret Myvi lari dari orang awam
- Kamu ada akal, Najib soal ketua pemuda Bersatu berkait foto bersama Siti Bainun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.