Skim Micro/i BSN tawar pembiayaan hingga RM75,000
Skim Micro/i BSN tawar pembiayaan hingga RM75,000
Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan skim pembiayaan mikro di bawah Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga).
Skim Pembiayaan BSN Micro/i SemarakNiaga adalah pembiayaan yang diperuntukkan di bawah Bajet 2022 dengan dana berjumlah RM800 juta bagi membantu rakyat Malaysia secara berterusan terutamanya kepada perusahaan mikro, perusahaan kecil dan sederhana (PMKS) kembali pulih akibat pandemik Covid-19.
”BSN menggalakkan para usahawan mikro di luar sana untuk mendapatkan Skim Pembiayaan BSN Micro/i SemarakNiaga bagi membantu menjana pendapatan sekaligus mengembalikan keupayaan serta daya tahan perniagaan mereka,” kata Ketua Eksekutif Jay Khairil.
Skim Pembiayaan BSN Micro/i SemarakNiaga ini adalah kesinambungan daripada beberapa fasiliti terdahulu yang menyaksikan BSN telah membantu seramai lebih 50,000 pelanggan dengan jumlah pembiayaan bernilai RM1.4 bilion.
Ia menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM75,000 pada kadar 4% (kadar asas tetap) untuk tempoh pembiayaan sehingga 5.5 tahun termasuk moratorium (rehat bayaran) bagi 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan.
Melalui skim ini, perusahaan mikro dalam semua jenis sektor perniagaan yang telah beroperasi sekurang-kurangnya enam bulan boleh memohon pembiayaan sama ada bagi tujuan modal kerja atau pembelian aset untuk kegunaan perniagaan.
Namun, bagi Skim Pembiayaan BSN Micro/i Semarak Mula, perniagaan mestilah beroperasi sekurang-kurangnya tiga bulan.
Skim Pembiayaan BSN Micro/i SemarakNiaga menawarkan tujuh pilihan pembiayaan iaitu:
1. BSN Micro/i Semarak Mula – khusus kepada individu yang telah kehilangan pekerjaan/ graduan universiti dan/ atau vokasional yang ingin memulakan perniagaan.
2. BSN Micro/i Semarak PEDi – peserta yang berdaftar dengan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang menceburi bidang perniagaan terutamanya bagi mereka di kawasan luar bandar.
3. BSN Micro/i Semarak Tani – Pengusaha perniagaan tradisional seperti kraftangan dan berasaskan pertanian, pasar malam / pasar tani.
4. BSN Micro/i Semarak Sukan – Perusahaan mikro yang dimiliki oleh pengusaha fasiliti sukan.
5. BSN Micro/i Semarak Nita – Perusahaan mikro dimiliki oleh usahawan wanita yang berkecimpung dalam bidang perniagaan.
6. BSN Micro/i Semarak Belia – Perusahaan mikro yang dimiliki oleh usahawan belia berusia 30 tahun dan ke bawah.
7. BSN Micro/i Semarak – Terbuka kepada semua perusahaan mikro yang layak dalam semua sektor perniagaan.
Para pengusaha mikro boleh memohon Skim Pembiayaan BSN Micro/i SemarakNiaga bermula hari ini dengan memohon secara dalam talian melalui laman web BSN mengunjungi Cawangan BSN atau Pusat Mikro Kewangan BSN berhampiran dengan mengemukakan dokumen-dokumen termasuk salinan kad pengenalan pemilik tunggal/ rakan kongsi/ pengarah/ pemegang saham/ penjamin (jika perlu).
Selain itu, sijil pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/Pendaftaran Badan Profesional dan Sijil Amalan (untuk profesional sahaja) yang sah, penyata akaun bank syarikat untuk tiga bulan terkini, salinan bil elektrik dan air premis perniagaan serta lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak BSN. MG
Skim Micro/i BSN tawar pembiayaan hingga RM75,000
Baca Artikel Menarik:
- DAP dan Amanah tekad tidak akan terima Bersatu dan PAS
- Tembakan rambang selepas tarawih di masjid Kanada cederakan 5 orang
- Sam bebas dengan ikat jamin, dibenar rayu kes ‘basikal lajak’
- Mahu ‘Kerjakan’ Menteri Kewangan, Tengku Zafrul balas komen Ayahanda Rani Kulop
- Teruk Dikecam, Peguam Siti Bainun Didakwa ‘Koyak’ [VIDEO]
- Menteri mahu Tan Sri dan bekas pegawai tinggi polis didakwa
- Burukkan Imej Islam, Penari Lagu Raya Aliff Syukri Teruk Dikecam
- Sejak bila GPS isytihar sebahagian PN? – Ahmad Maslan
- Polis cari warga asing tak pakai pelitup muka, tunjuk isyarat lucah
- Kutuk tindakan cucuh mercun ke dubur kucing
- Lelaki diseret Myvi lari dari orang awam
- Kamu ada akal, Najib soal ketua pemuda Bersatu berkait foto bersama Siti Bainun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.