Dasar penswastaan Mahathir meminggirkan Melayu, itulah punca orang Melayu mundur

Dasar penswastaan Mahathir punca utama ramai orang Melayu ketika ini berada dalam kelompok miskin.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, berkata kemunduran orang Melayu dan Bumiputera dalam sektor ekonomi sehingga kini perlu dipikul bekas perdana menteri itu.

“Dasar penswastaan Mahathir yang mengutamakan pembentukan kelas kapitalis kroni di kalangan segelintir orang Melayu adalah punca terbesar jutaan umat Melayu/Bumiputera menjadi rakyat miskin di bandar dan desa seluruh negara terutama di negeri majoriti Melayu dan Bumiputera,” katanya dalam kenyataan.



Beliau merujuk negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak yang mencatatkan jumlah kemiskinan tegar yang tinggi.

Hassan berkata, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu, dilaksanakan dengan pendekatan pembangunan ekonomi secara kapitalis bawah pentadbiran Mahathir.

“Jika dasar ini dilaksanakan secara pendekatan kelas mirip pendekatan sosialis yang mengutamakan kelas orang Melayu bawahan, sudah lama orang Melayu dapat dibebaskan daripada kemiskinan dan kemunduran,” katanya.

Katanya, pentadbiran Mahathir selama 22 tahun mengutamakan dasar penswastaan yang begitu meluas dengan syarikat milik kerajaan seperti Tenaga Nasional Bhd dan Telekom Malaysia Bhd diswastakan.



Hassan berkata, masalah kemiskinan tegar orang Melayu boleh “diubati” oleh kerajaan Anwar Ibrahim, dengan melihat semula Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkenaan kedudukan hak istimewa orang Melayu.

“Dasar bersifat kartel dan monopoli seperti keistimewaan AP yang selama ini hanya menguntungkan segelintir elit Melayu perlu dinoktahkan.

“Keutamaan sekarang perlu berpindah kepada menjaga kepentingan jutaan rakyat Melayu miskin dan mundur. Jika ini kita laksanakan, barulah kita boleh panggil kerajaan Anwar Ibrahim ini Kerajaan Madani,” katanya

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)



Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah

Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker