Hospital Taiping perlu bekalan darah
Hospital Taiping perlu bekalan darah
Bekalan darah bagi kegunaan harian serta situasi kecemasan rakyat setempat di sini dijangka berada dalam paras yang rendah menjelang musim Syawal kelak.
Lantaran itu, Ketua Jabatan Transfusi Hospital Taiping, Dr Nurul Raihan Mohamed Zawawi berkata, pendermaan darah dari masyarakat setempat secara konsisten adalah amat diperlukan khususnya bagi situasi di luar jangkaan.
“Kita amat memerlukan bekalan darah yang mencukupi terutamanya bagi mereka yang mengalami pendarahan di luar jangkaan seperti kemalangan, komplikasi semasa bersalin serta bagi membantu pesakit-pesakit thalassaemia.
“Justeru, saya menyeru orang ramai untuk tampil menderma darah sepanjang bulan Ramadan ini bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi dan berada diparas selamat,” katanya dalam kenyataan media.
Dr Nurul Raihan menambah, Tabung Darah Hospital Taiping beroperasi Isnin hingga Jumaat bermula pada pukul 8 pagi hingga 4 petang (termasuk waktu rehat) sepanjang bulan Ramadan ini.
Tabung Darah juga dibuka pada waktu malam iaitu setiap hari Selasa dan Khamis bermula pada pukul 8 malam hingga 11 malam bagi memudahkan penderma darah beragama Islam untuk hadir menderma.
Malah, Hospital Taiping akan membuka kaunter pendermaan darah di Dewan Persatuan Kwangtung, Taiping pada setiap hari Rabu di sepanjang bulan Ramadan ini untuk memudahkan komuniti menderma darah pada waktu operasi bermula 9 pagi hingga 2 petang.
Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan jadual mingguan kempen derma darah juga boleh dirujuk di laman sosial Tabung Darah – ‘Derma Darah Taiping’ – Facebook, Telegram, Instagram, Twitter, emel menerusi [email protected] dan talian Whatsapp 017- 4665864 MG
Hospital Taiping perlu bekalan darah
Baca Artikel Menarik:
- DAP dan Amanah tekad tidak akan terima Bersatu dan PAS
- Tembakan rambang selepas tarawih di masjid Kanada cederakan 5 orang
- Sam bebas dengan ikat jamin, dibenar rayu kes ‘basikal lajak’
- Mahu ‘Kerjakan’ Menteri Kewangan, Tengku Zafrul balas komen Ayahanda Rani Kulop
- Teruk Dikecam, Peguam Siti Bainun Didakwa ‘Koyak’ [VIDEO]
- Menteri mahu Tan Sri dan bekas pegawai tinggi polis didakwa
- Burukkan Imej Islam, Penari Lagu Raya Aliff Syukri Teruk Dikecam
- Sejak bila GPS isytihar sebahagian PN? – Ahmad Maslan
- Polis cari warga asing tak pakai pelitup muka, tunjuk isyarat lucah
- Kutuk tindakan cucuh mercun ke dubur kucing
- Lelaki diseret Myvi lari dari orang awam
- Kamu ada akal, Najib soal ketua pemuda Bersatu berkait foto bersama Siti Bainun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.