Debat Najib-Anwar, Annuar Musa kata hanya debat biasa dua individu
Tiada pihak yang berjumpa dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) berkaitan platform penyiaran debat perdana antara Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 12 Mei ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu tidak ada kena-mengena dengan kerajaan dan menganggapnya sebagai debat antara dua individu.
“Jadi kerajaan tidak campur dan saya pun tidak didatangi oleh sesiapa.
“Saya fikir ia masih lagi di peringkat antara dua individu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Iftar MenKOMM bersama komuniti negeri Melaka di Melaka, semalam.
Turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin.
Mengulas mengenai penggunaan media sosial atau platform digital terkini, Annuar berkata beliau tidak menolak perkara itu dijadikan platform penyiaran bagi debat tersebut.
“Terknologi sekarang boleh saja buat ‘live’ dan mungkin ada stesyen televisyen yang hendak memberi platform itu.
“Apa pun, itu kemudianlah. Tak boleh kata mungkin (boleh) sebab mungkin itu dah jadi satu janji (untuk disiarkan di platform kerajaan).
“Saya anggap ia debat biasa antara dua individu,” katanya.
Semalam, Bernama melaporkan kedua-dua tokoh politik negara itu akan membincangkan isu Sapura Energy Bhd (SEB) dan masa depan Malaysia pada 12 Mei ini dalam program debat perdana.
Pengumuman program debat perdana itu dibuat Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor Isham Jalil dalam satu sidang media petang semalam.
Setakat ini, debat perdana itu akan dapat disaksikan secara langsung sama ada menerusi saluran media diumumkan kemudian atau secara fizikal di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada pukul 9 malam.
Terdahulu, Annuar mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam di pejabat beliau di Seri Negeri bagi memberi penerangan mengenai usaha-usaha K-KOMM di Melaka.
“Saya juga memaklumkan bahawa sambutan Hari Wartawan Nasional akan diadakan di Melaka tahun ini,” katanya yang dipetik menerusi ciapan di laman Twitter rasminya.
– Bernama
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kongsi potret beruk bertengkolok, Fahmi Reza dipanggil Bukit Aman
- Cara Mohon Laptop Percuma 2022
- Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…
- Setiap inci Tok Ram saya tak suka – Alyah
- Resepi Udang Khamped Thai Padu
- Ustazah Asma Selar Model Berhijab Pakai Baju Raya Ketat
- Ebit belanja minyak percuma untuk ‘rider’ di Jakarta
- Siti Bainun dera Bella setiap malam hampir 4 bulan – saksi
- Mansuh langkah wajib pakai pelitup muka – Karim Hamzah
- Zaki Yamani Tampil Jelaskan..’Baba Sendiri Tak Nak Jumpa, Tiada Siapa Halang’ [VIDEO]
- DJ Wong cerai isteri talak 3 ketika siaran langsung FB
- Kes langgar mati: Penangguhan hukuman ditolak, MP pembangkang melompat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji
You must be logged in to post a comment.