Skuad Sayang Wanita UMNO Kedah Hulurkan Misi Bantuan Banjir

Skuad Sayang Wanita UMNO Kedah Hulurkan Misi Bantuan Banjir

Skuad Sayang Wanita UMNO Negeri Kedah telah menggerakkan misi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Parlimen Baling dengan menghulurkan bantuan berbentuk barangan keperluan asas.

Ketuanya, Datuk Sharifah Maznah Syed Kassim berkata kesemua pimpinan Wanita UMNO Kedah dan juga bahagian telah turun padang meninjau keadaan terkini dan membantu mangsa banjir.



“Saya bersama kepimpinan Wanita UMNO negeri Kedah dan juga Wanita UMNO bahagian-bahagian turun ke Baling untuk meninjau perkembangan yang terkini di kawasan yang dilanda banjir dan kita akan tumpukan gerakan rumah ke rumah yang terlibat secara langsung.

“Kami juga amat berterima kasih kepada semua rakan-rakan yang dapat hadir membawa segala keperluan seperti pakaian, kain batik, kain pelekat, pakaian dalaman wanita dan juga bahan pencuci rumah untuk diserahkan pada mereka yang terlibat.

“Kami mohon semua berdoa sama ada yang jauh mahupun dekat. Permudahkan gerakan kami, insya-Allah,” katanya ketika ditemui UMNO Online, di sini.

Sementara itu menurut Ketua Wanita UMNO Baling, Suriati Che Mid melahirkan kesyukuran di atas sumbangan yang diberikan oleh Wanita UMNO Kedah kepada mangsa banjir.



“Saya mengucapkan ribuan jutaan terima kasih kepada Wanita UMNO negeri Kedah kerana perihatin apa yang terjadi di daerah Baling dan amat terharu dengan pemberian ini dan kita akan agihkan dengan sebaik yang mungkin,” ujarnya.

Banjir di Baling meragut tiga nyawa, manakala lebih 1,400 penduduk terpaksa dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS), selain tujuh rumah musnah dan kira-kira 70 kediaman lagi rosak. – UMNO Online

Skuad Sayang Wanita UMNO Kedah Hulurkan Misi Bantuan Banjir

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar



Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker