Dewan Negara lulus Kajian Separuh Penggal RMK-12

KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) melalui undian suara.

Yang Dipertua Dewan Negara,Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan perkara tersebut selepas majoriti Ahli Dewan bersetuju dengan KSP RMK12.

“Terima kasih kepada 44 Ahli Dewan Negara yang mengambil bahagian di dalam perbahasan dan memberi maklum balas kepada 26 kementerian yang juga selesai menjawab serta membuat penggulungan sepanjang dua hari ini,” katanya.



Usul KSP RMK12 diluluskan selepas persidangan Dewan Negara selamat dijalankan iaitu bermula pada 20 sehingga 26 September ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Dewan Rakyat meluluskan usul KSP RMK12 dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM415 bilion.

Untuk rekod, KSP RMK12 disediakan bagi mengukur pencapaian sepanjang dua tahun pertama pada 2021-2022.

Selain itu, ia akan mengetahui hala tuju bagi tahun 2023-2025 ke arah mencapai negara mampan, sejahtera dan berpendapatan tinggi dengan mengambil kira cabaran domestik dan trend global semasa



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”



Engku Emran bercerai, nama Erra Fazira kena petik

Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ



GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker