Siti Bainun ‘naik hantu’ bila Bella tertarik langsir
Siti Bainun ‘naik hantu’ bila Bella tertarik langsir
Tertarik langsir sehingga besi tercabut dikatakan menjadi punca pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali ‘naik hantu’ dan mula tidak menyukai remaja sindrom Down, Bella.
Menurut keterangan saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood, selepas daripada insiden itu Bella sering dimarahi dan dipukul oleh Siti Bainun.
“Bella pernah masuk bilik kedua, iaitu bilik yang menempatkan saya dan adik-adik (penghuni) lain. Bella tertarik langsir hingga besinya tercabut.
“Selepas kejadian, Bainun jadi marah dan pukul Bella. Tarikh kejadian saya tak ingat,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Katanya, Siti Bainun juga pernah mengarahkannya membogelkan Bella sebelum diikat dengan tali dan dibaringkan dan dicurah air panas.
“Saya diarahkan Siti Bainun untuk pastikan Bella tidak bergerak dan menyasarkan di bahagian tertentu sebelum dicurah air. (Ia menyebabkan) ada kesan parut di paha kanan, pergelangan kaki dan lutut Bella,” katanya.
Keterangan Yasmin itu dibuat ketika menjawab soalan peguam Asiah Abd Jalil yang mewakili Siti Bainun pada sesi pemeriksaan balas dalam kes pengabaian dan penganiayaan terhadap Bella di hadapan hakim Izralizam Sanusi di Mahkamah Sesyen, hari ini.
Yasmin juga bersetuju dengan cadangan Asiah, bahawa Bella dicurah air panas tiga kali sehari dengan menggunakan picagari dan cawan.
“Saya ambil air panas itu daripada alat penapis air. Air itu ada keluar wap dan pernah tertumpah,” katanya.
Yasmin dalam keterangannya sebelum ini berkata, Bella didera Siti Bainun setiap hari selama hampir empat bulan dan berlaku pada setiap malam, sejak Mac 2021 hingga 24 Jun 2021. FMT
Siti Bainun ‘naik hantu’ bila Bella tertarik langsir
Baca Artikel Menarik:
- Kongsi potret beruk bertengkolok, Fahmi Reza dipanggil Bukit Aman
- Cara Mohon Laptop Percuma 2022
- Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…
- Setiap inci Tok Ram saya tak suka – Alyah
- Resepi Udang Khamped Thai Padu
- Ustazah Asma Selar Model Berhijab Pakai Baju Raya Ketat
- Ebit belanja minyak percuma untuk ‘rider’ di Jakarta
- Siti Bainun dera Bella setiap malam hampir 4 bulan – saksi
- Mansuh langkah wajib pakai pelitup muka – Karim Hamzah
- Zaki Yamani Tampil Jelaskan..’Baba Sendiri Tak Nak Jumpa, Tiada Siapa Halang’ [VIDEO]
- DJ Wong cerai isteri talak 3 ketika siaran langsung FB
- Kes langgar mati: Penangguhan hukuman ditolak, MP pembangkang melompat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji
Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…