Rayuan pemandu wanita sebab kematian 8 remaja Isnin depan

JOHOR BAHRU – Permohonan rayuan kes melibatkan pemandu wanita, Sam Ke Ting yang dijatuhkan penjara enam tahun serta denda RM6,000 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan lapan kematian remaja akan didengar Isnin ini.

Ini berdasarkan semakan ke atas sistem mahkamah dalam talian dan pendengaran akan berlangsung di Mahkamah Rayuan di sini.

Dalam pendengaran itu nanti berkemungkinan melibatkan penangguhan hukuman ke atas Ke Ting, 27, sementara menunggu rayuan.



Pada Rabu lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Datuk Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman penjara enam tahun beserta denda RM6,000 kepada Ke Ting, yang mana jika gagal bayar akan dikenakan tambahan enam bulan penjara.

Selain itu, wanita berkenaan juga hilang kelayakan lesen memandu selama tiga tahun sebaik sahaja selesai menjalani tempoh hukuman.

Dalam penghakimannya, Abu Bakar memberitahu, Mahkamah Bicara (Majistret) telah terkhilaf apabila menerima pembelaan responden yang tidak mengetahui adanya aktiviti basikal lajak pada malam kejadian sebagai alasan untuk memandu kereta secara merbahaya sehingga mengorbankan mangsa.

“Responden seharusnya memandu kereta dengan lebih berhati-hati dan bukannya memandu laju kerana mengambil kira pencahayaan tidak begitu terang dan jarak penglihatan ke depan terhad,” ujarnya sebelum menjatuhkan hukuman.



Pada 10 Oktober tahun lalu, Mahkamah Majistret Johor Bahru mengekalkan keputusan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan berkenaan yang berlaku pada 18 Februari 2017.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Ke Ting yang ketika kejadian berusia 22 tahun didakwa memandu kereta bernombor pendaftaran JQB 9984 di Jalan Lingkaran Dalam secara melulu atau dengan berbahaya hingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal pada pukul 3.20 pagi.

Kelapan-lapan mangsa terlibat ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar; Fauzan Halmijan; Mohamad Azhar Amir; Muhammad Harith Iskandar Abdullah; Muhammad Shahrul Nizam Marudin dan Haizad Kasrin yang berusia antara 13 hingga 16 tahun ketika kejadian

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak



Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker