Laptop PerantiSiswa, mohon cepat di pautan ini

Laptop PerantiSiswa, mohon cepat di pautan ini

Sejumlah 27,000 permohonan peranti bagi program PerantiSiswa Keluarga Malaysia diterima dalam tempoh tujuh jam hari ini.

Permohonan dalam talian itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar institut pengajian tinggi (IPT) daripada golongan B40 yang mula dibuka hari ini.

“Kebetulan hari ini adalah hari pertama permohonan peranti bagi pelajar B40, Dimaklumkan dalam masa enam hingga tujuh jam, kita menerima 27,000 permohonan dalam talian.

Satu sambutan luar biasa, menjadi hasrat kerajaan memastikan pelajar-pelajar di IPT mendapatkan peranti yang bersesuaian dengan jurusan pengajian diambil di universiti.

Media semalam melaporkan peranti program PerantiSiswa Keluarga Malaysia akan mula diagihkan Jun ini dijamin berkualiti tinggi daripada jenama terkenal.
Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022 sejajar dengan hasrat kerajaan memastikan rakyat terutamanya pelajar IPT mempunyai peranti dan akses Internet pada kos yang berpatutan.

Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia bakal memanfaatkan kira-kira 350,000 mahasiswa daripada keluarga B40 yang mengikuti pengajian seperti diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://perantisiswa.kkmm.gov.my.

Jangan buang masa lagi, cepat mohon sekarang

Laptop PerantiSiswa, mohon cepat di pautan ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker