Lebih baik Hadi tutup mulut dari keluar kenyataan bodoh
Lebih baik Hadi tutup mulut dari keluar kenyataan bodoh
Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menamakan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri BN bagi pilihan raya umu (PRU) ke-15 adalah hak Umno dan PAS tidak perlu sibuk dalam urusan parti itu.
Setiausaha Veteran Umno, Mustapha Yaakub, berkata PAS tak perlu jadi “tukang sibuk” dan tidak perlu menjaga tepi kain Umno.
Jelasnya, PAS boleh menamakan sesiapa saja calon perdana menteri pilihan mereka dan Umno tidak berminat untuk tahu atau campur tangan.
“Veteran Umno menasihati Presiden PAS Abdul Hadi Awang supaya jangan cuba jadi ‘tukang sibuk’ dalam urusan Umno. Hadi tak payah nak jaga tepi kain Umno. Lebih baik dia menjaga dalam kain PAS. PAS bukan sepupu sepapat Umno.
“Keputusan MKT mencalonkan Ismail Sabri sebagai perdana menteri sekiranya BN menang dalam PRU15 itu adalah hak Umno. Gopoh atau terburu-buru itu adalah hak Umno.
“Kalau PAS merasakan PN boleh menang maka PAS juga boleh menamakan sesiapa saja sebagai calon perdana menteri. Umno tidak berminat untuk ambil tahu dan campur tangan,” katanya dalam satu kenyataan.
Semalam media melaporkan Hadi menyifatkan Umno bertindak terburu-buru apabila menamakan Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri bagi PRU15.
Ahli Parlimen Marang itu mengingatkan parti itu apa yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, baru-baru ini.
“Kita serah pada rakyat. Pilihan raya tak lama lagi, rakyat menentukan keputusan pilihan raya siapa dia perdana menteri, parti mana (menang).
“Tak perlu gopoh, nanti jadi macam Johor. Calonkan orang lain, naik orang lain. Order barang lain, sampai hok lain,” katanya di Marang, Terengganu, semalam
Dalam pada itu, Mustapha berkata Hadi tidak perlu mengingatkan Umno dengan pelantikan menteri besar Johor.
Katanya, undang-undang tubuh kerajaan negeri Johor tidak sama dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Kuasa pelantikan menteri besar Johor di dalam bidang kuasa Tuanku Sultan tidak sama dengan pelantikan perdana menteri yang dibuat oleh Agong berdasarkan calon dari parti yang mendapat sokongan dan menang dalam PRU.
“Oleh itu veteran (Umno) menyarankan Hadi menutup mulut dan berhenti mengeluarkan kenyataan yang bodoh dan dangkal menyentuh apa saja yang diputuskan Umno. Mind your own business (jaga tepi kain sendiri),” katanya lagi.
Mk
Lebih baik Hadi tutup mulut dari keluar kenyataan bodoh
Baca Artikel Menarik:
- Kongsi potret beruk bertengkolok, Fahmi Reza dipanggil Bukit Aman
- Cara Mohon Laptop Percuma 2022
- Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…
- Setiap inci Tok Ram saya tak suka – Alyah
- Resepi Udang Khamped Thai Padu
- Ustazah Asma Selar Model Berhijab Pakai Baju Raya Ketat
- Ebit belanja minyak percuma untuk ‘rider’ di Jakarta
- Siti Bainun dera Bella setiap malam hampir 4 bulan – saksi
- Mansuh langkah wajib pakai pelitup muka – Karim Hamzah
- Zaki Yamani Tampil Jelaskan..’Baba Sendiri Tak Nak Jumpa, Tiada Siapa Halang’ [VIDEO]
- DJ Wong cerai isteri talak 3 ketika siaran langsung FB
- Kes langgar mati: Penangguhan hukuman ditolak, MP pembangkang melompat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak
Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji
You must be logged in to post a comment.