KKM Jangka Kes COVID-19 Akan Meningkat Selepas Aidilfitri – KJ [VIDEO]

KKM Jangka Kes COVID-19 Akan Meningkat Selepas Aidilfitri – KJ [VIDEO]

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes penularan COVID-19 akan meningkat pada perayaan Aidilfitri ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata jumlah jangkitan COVID-19 itu berisiko kembali meningkat berikutan warga kota akan pulang menyambut hari raya di kampung mereka.

Katanya, ini merupakan tahun pertama keluarga yang ramai akan balik serentak selepas lebih dua tahun negara dilanda COVID-19.

Bagaimanapun, Khairy berkata pihaknya telah bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan memberikan rawatan kepada pesakit.

“Ya memang betul raya ini kita jangka akan meningkat kes terutamanya bila balik nanti akan bergaul antara saudara mara, tak akan pakai pelitup muda, jadi ada risiko (kes COVID-19) naik.



“Jadi, kita KKM bersedia untuk memberi rawatan kepada mereka. Kalau gejala teruk, kita dah sedia… tapi kita memang jangkakan akan ada (peningkatan kes COVID-19),” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada Sabtu.

Dalam pada itu, Khairy turut memohon golongan warga emas untuk mengambil dos penggalak bagi untuk melindungi diri mereka.

Katanya setakat ini hanya 77 peratus golongan tersebut telah menerima dos penggalak dan pihaknya mensasarkan lebih 90 peratus golongan itu akan mengambil suntikan itu.



“Saya harap sebulan dua ni dapat capai ke peringkat 90 peratus,” katanya lagi.-AA

KKM Jangka Kes COVID-19 Akan Meningkat Selepas Aidilfitri – KJ [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker