3 ‘polis’ ditahan dipercayai terbabit kes pukul, samun

3 ‘polis’ ditahan dipercayai terbabit kes pukul, samun

Taktik menyamar sebagai polis untuk memerangkap mangsa terbongkar susulan penangkapan tiga lelaki, dalam serbuan berasingan, di Bayan Lepas, dekat George Town, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Rahimi Ra’ais, berkata tiga lelaki berusia 24 hingga 30-an itu, ditahan bermula 1 tengah hari susulan laporan polis dibuat seorang lelaki yang menjadi mangsa mereka.

Katanya, mangsa yang bekerja di sebuah kedai makan di Jalan Datuk Keramat, George Town, pada 11.30 malam, 31 Mac lalu didatangi dua lelaki mengaku anggota polis sebelum suspek membawanya ke kawasan gelap di bahagian belakang kedai berkenaan.

“Dua lelaki itu kemudiannya bertindak menumbuk perut mangsa, sebelum memaksanya menyerahkan duit dengan cara pemindahan wang secara dalam talian sebanyak RM1,000 ke satu akaun bank yang diarahkan suspek,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan sama ada tiga lelaki itu turut terlibat dalam beberapa kes menyamar polis atau jenayah lain, di Pulau Pinang.

Rahimi berkata, sehubungan penahanan tiga lelaki itu, polis merampas dua unit telefon bimbit, satu unit beg, satu paket syabu dan sekeping kad bank, untuk siasatan lanjut.

“Pemeriksaan mendapati mereka yang ditahan bekerja sebagai pengawal keselamatan, penghantar barang dan penganggur itu, mempunyai dua hingga 10 pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah,” katanya.

Katanya tiga lelaki yang positif dadah itu, kini direman sehingga 19 Apr bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 serta 170 Kanun Keseksaan. FMT

3 ‘polis’ ditahan dipercayai terbabit kes pukul, samun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker