UMNO pilih Ismail Sabri, PAS sokong, Hadi serah pada rakyat

MARANG – Pas menyerahkan kepada rakyat bagi menentukan calon Perdana Menteri yang akan mentadbir negara melalui Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak akan gopoh-gapah dalam soal tersebut dan mahu rakyat yang membuat pilihan apabila tiba waktu pilihan raya diadakan.

“Kita serah kepada rakyat, pilihan raya pun belum lagi (biar) rakyat menentukan keputusan pilihan raya jadi rakyat akan menentukan siapa, parti mana kemudian.

“Tidak perlu gopoh, nanti jadi macam Johor calon orang lain, naik orang lain. Order (pesan) barang lain, sampai barang lain,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila, di sini pada Jumaat.

Pada Khamis, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara mencadangkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO sebagai calon Perdana Menteri pada PRU15.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat MKT UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, mengulas mengenai keputusan mesyuarat UMNO untuk tidak meneruskan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Pakatan Harapan (PH) yang akan berakhir 31 Julai ini, Abdul Hadi berkata, ia akan diputuskan bersama dalam komponen Perikatan Nasional (PN).

“MoU, kita akan buat keputusan bersama. Satu perjumpaan sudah dibuat dengan Perdana Menteri, Pengerusi PN (Tan Sri Muhyiddin Yasin), saya dengan parti komponen (dan) kita bersetuju sebarang keputusan mesti dibuat bersama.

‘Pas parti kuat, MN masih bernyawa’
“Kerana kerajaan ini, kerajaan Perikatan Nasional, 70 kerusi adalah PN dan gabungan dia (dan) UMNO sebahagian daripadanya,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker