Sepasang kekasih beraksi tidak senonoh selepas buka puasa

 

TANGKAP layar memaparkan situasi sepasang kekasih duduk di tangga Dataran Lembang dengan melakukan perbuatan tidak senonoh di hadapan khalayak ramai. – Detik.com

 

JAKARTA – Sepasang kekasih dirakam melakukan perbuatan tidak senonoh selepas berbuka puasa di Dataran Lembang, daerah Bandung Barat, lapor laman berita Detik hari ini.

Video berdurasi 16 saat itu tular selepas dimuat naik di laman Facebook oleh akaun bernama @Resty Edoy. Resti yang merakamkan aksi itu turut berada di lokasi kejadian.

Menerusi video tersebut, sepasang kekasih dilihat sedang duduk di tangga Dataran Lembang. Seorang lelaki berjaket kelabu dilihat cuba mencium kekasihnya.

“Memang saya yang rakam video itu kerana tidak selesa melihat perkara itu dilakukan di tempat awam. Kejadian berlaku pada pukul 6.30 petang (waktu tempatan) sejurus selepas berbuka puasa,’’ kata Resty ketika dihubungi Detik.



Resty berkata, dia menyaksikan sendiri perbuatan sepasang kekasih itu. Mereka bukan sahaja berkucupan, malah pemuda itu juga cuba memeluk teman wanitanya yang kelihatan jauh lebih muda.

“Mereka memang terlampau mesra. Sebelum itu, saya terserempak dengan mereka ketika mahu membeli makanan ringan.

“Memang lelaki itu terus memeluk teman wanitanya, padahal ramai kanak-kanak di sana. Takut menjadi contoh yang tidak baik,’’ kata Resty.

Resty berkata, dia berniat untuk menegur perbuatan tidak senonoh yang dilakukan pasangan itu namun gagal.



Akhirnya, dia memilih untuk merakam aksi itu dengan harapan ada larangan sosial dan pencegahan supaya tidak ada orang lain yang mengikutinya. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker