Sebanyak 12,000 unit RKMAT bakal dibina – Hishammuddin

Sebanyak 12,000 unit RKMAT bakal dibina – Hishammuddin

Kementerian Pertahanan mengumumkan sebanyak 12,000 unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) akan dibina dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-12 dan ke-13.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, usaha itu merupakan agenda di bawah Blueprint Perumahan 3.0 yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

“Tidak lama lagi, Perdana Menteri (Datuk Seri ismail Sabri Yaakob) akan merasmikan Blueprint 3.0 di mana 12,000 unit RKMAT akan dibina,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Berbuka Puasa Kementerian Pertahanan 2022 di sini hari ini.

Tambah Hishammuddin, tiga daripada tujuh projek RKMAT yang diumumkan pada Januari lalu telah diselesaikan hanya pada suku pertama tahun ini.

“Perancangan perumahan berjalan lancar di mana tujuh projek merangkumi 1,081 unit rumah, tiga daripadanya siap hanya pada suku pertama tahun ini.

“Kesemua projek RKMAT itu meliputi enam negeri iaitu Kedah (Kem Tok Jalai), Perlis (Kem Oran), Kelantan (Kem Tumbi), Johor (Kem Segamat), Sarawak (Kem Pakit dan Kem Miri) dan Pahang (Kem Bera),” ulasnya.

Sementara itu, Hishammuddin menjelaskan Perjanjian Kerjasama Trilateral (TCA) turut diperkukuh dengan melibatkan Brunei Darussalam.

“Ketiga-tiga rakan sejawat daripada Filipina dan Indonesia sepakat untuk meluaskan penglibatan negara-negara dalam TCA dengan melibatkan Brunei Darussalam.

“Sekarang ini, kita hanya tunggu kelulusan daripada baginda Sultan Brunei,” katanya. MG

Sebanyak 12,000 unit RKMAT bakal dibina – Hishammuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung

Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker