MKT cadang, tapi bukan jaminan Ismail kekal PM, kata Tajuddin
MKT cadang, tapi bukan jaminan Ismail kekal PM, kata Tajuddin
Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bukan jaminan untuk naib presiden itu kekal memegang jawatan berkenaan pada masa akan datang.
Ahli MKT, Tajuddin Abdul Rahman, berkata apa saja boleh berlaku dengan memberi contoh pilihan raya negeri (PRN) Johor apabila Hasni Mohammad yang dijadikan “poster boy” tidak dipilih sebagai menteri besar.
“Tetapi, tidak ada jaminan (Ismail jadi perdana menteri). ‘Poster boy’ di Johor dulu siapa? Hasni, tapi tak jadi pun (MB). Tapi kita doakan yang terbaiklah, kita tak mahu bersangka buruk.
“Kalau itu keputusannya yang tujuannya baik, akan memberi ruang dan peluang kepada Ismail untuk jadi PM pada PRU akan datang. Tapi bila sudah lepas pilihan raya, ada pula orang pergi sana, pergi sini dia pula nak jadi PM, ini mungkin terjadi.
“Jadi, saya persoalkan dalam mesyuarat MKT, tapi kalau terbukti ada jaminan, tidak ada masalah, kita sokong. Saya penyokong kuat Ismail sejak mula.
“Kalau bukan Ismail siapa pun boleh jadi. Dalam politik ini, ramai orang bercita-cita tinggi, semua berharap macam saya. Saya pun bercita-cita juga, tapi taklah nak jadi perdana menteri,” katanya selepas mesyuarat MKT dan Majlis Berbuka Puasa bersama pemimpin Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Naib Presiden Umno, Mahdzir Khalid berkata, semua pihak perlu berterima kasih kepada Presiden, Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Mohamad Hasan kerana membawa perkara ini ke perbincangan MKT.
“Ini membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa Umno dalam satu pasukan dan perkara yang utama kepada semua ahli, pemimpin dalam Umno ialah parti itu sendiri, jadi semua orang menyokong.”
Sementara itu, Presiden MCA, Wee Ka Siong berkata, MKT Umno membuat keputusan itu selepas melakukan pelbagai analisa.
Katanya, cadangan untuk Ismail menjadi calon PM bagi Umno mampu mengembalikan kegemilangan Barisan Nasional seperti sediakala.
“Kita telah berbincang dan membuat analisa sejak sekian lama dan kepimpinan Ismail ini sangat menyerlah, sebab itulah keputusan asas dibuat berdasarkannya.”
Katanya, beliau menyokong keputusan itu yang dapat memperkukuhkan lagi kerajaan sedia ada. FMT
MKT cadang, tapi bukan jaminan Ismail kekal PM, kata Tajuddin
Baca Artikel Menarik:
- Kongsi potret beruk bertengkolok, Fahmi Reza dipanggil Bukit Aman
- Cara Mohon Laptop Percuma 2022
- Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…
- Setiap inci Tok Ram saya tak suka – Alyah
- Resepi Udang Khamped Thai Padu
- Ustazah Asma Selar Model Berhijab Pakai Baju Raya Ketat
- Ebit belanja minyak percuma untuk ‘rider’ di Jakarta
- Siti Bainun dera Bella setiap malam hampir 4 bulan – saksi
- Mansuh langkah wajib pakai pelitup muka – Karim Hamzah
- Zaki Yamani Tampil Jelaskan..’Baba Sendiri Tak Nak Jumpa, Tiada Siapa Halang’ [VIDEO]
- DJ Wong cerai isteri talak 3 ketika siaran langsung FB
- Kes langgar mati: Penangguhan hukuman ditolak, MP pembangkang melompat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji