Buktikan Dengan Jelas Jika Ada Dakwaan Guna Wahyu Presiden – MB Selangor

Buktikan Dengan Jelas Jika Ada Dakwaan Guna Wahyu Presiden – MB Selangor

“Buktikan dengan jelas jika ada dakwaan bahawa terdapat calon tertentu menerima wahyu Presiden sepanjang kempen menjelang pemilihan Parti Keadilan Rakyat, PKR kali ini.”

Gesaan dibuat salah seorang daripada 17 calon Naib Presiden, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai reaksi kepada kenyataan calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini.

Sambil sifatkan dakwaan itu tidak seharusnya timbul menjelang pemilihan kali ini, Menteri Besar Selangor itu berkata, jika tidak dibuktikan dengan jelas, ia cuma pandangan semata-mata.

Malah, katanya, beliau sendiri mendapat pandangan daripada semua pihak termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pandangan ini tidak semestinya kita ikut bulat-bulat atau pun kita terima, kalau kita terima pun saya rasa tidak salah. Yang salahnya ialah, mengatakan saya calon Presiden, saya bukan calon Presiden kerana ini bukan masanya, sebaliknya apa yang ingin kita bawa adalah untuk parti,” katanya ketika ditemui di Majlis Jalinan Ukhuwah Ramadan MB Selangor bersama Pusat Pembangunan Teknikal Negeri Selangor (STDC) di Kuala Selangor, malam tadi.

Ditanya jika kempen menggunakan pendekatan wahyu Presiden itu berkesan atau sebaliknya, Amirudin berkata, ia tidak semestinya berkesan untuk menarik sokongan pada pemilihan parti seperti yang berlaku pada tahun-tahun sebelumnya.

“Sebelum ini pun ada pihak yang menggunakan cadangan ini seperti pemilihan pada tahun 2013 dan 2018,” kata beliau.

Pada Selasa, Rafizi, yang juga calon Timbalan Presiden PKR, mengingatkan semua pihak yang bertanding dalam pemilihan parti itu pada Mei ini agar jangan berkempen menggunakan alasan wahyu Presiden parti.

Beliau mendakwa terdapat calon tertentu yang menyatakan mereka merupakan calon pilihan Anwar dan memberi gambaran jika tidak mengundi mereka, itu petanda tidak setia kepada institusi Presiden.

Amirudin yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor menawarkan diri untuk merebut jawatan Naib Presiden bagi penggal 2022/2025 bersama-sama 16 lagi calon termasuk Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, penyandang Chang Lih Kang, Pengarah Komunikasi PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Ketua Wanita PKR yang juga Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Ketua Setiausaha Pengelola PKR yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad, dan bekas Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Jawatan Naib Presiden PKR memperuntukkan empat tempat.

Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, Rafizi dicabar Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Buat julung kalinya, pemilihan PKR kali ini diadakan secara hibrid iaitu secara fizikal dan dalam talian melalui aplikasi ADIL yang diperkenal pada 28 Feb lepas.

Proses pengundian bagi pemilih dalam talian ialah dari 18 hingga 20 Mei manakala secara fizikal pada 13 hingga 17 Mei.-AA

Buktikan Dengan Jelas Jika Ada Dakwaan Guna Wahyu Presiden – MB Selangor

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung

Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker