Wisma Putra siasat isu rakaman suara seorang individu kepada “Datin”
Wisma Putra siasat isu rakaman suara seorang individu kepada “Datin”
Kementerian Luar Negeri membuat laporan polis dan siasatan dalaman dilakukan berhubung rakaman suara seorang individu mengadu kepada seorang “Datin” berkaitan hal yang berlaku dalam kementerian itu.
Merujuk kenyataan dikeluarkan Wisma Putra petang ini, kementerian itu memandang serius terhadap tuduhan tidak berasas yang dibuat melalui rakaman suara itu.
“Rakaman suara itu dilihat bertujuan untuk menimbulkan kekeliruan bagi kepentingan pihak tertentu.
Sehubungan itu, satu siasatan dalaman sedang dilaksanakan dan laporan polis telah dibuat demi melindungi kepentingan dan imej Kementerian Luar Negeri,” kata kenyataan itu kepada media.
Ahad lalu, tular satu audio berdurasi 135 saat di media sosial berkenaan mesej seorang lelaki kepada “Datin” yang dipercayai mengadu tentang masalah dalaman kementerian itu.
Ia dipercayai ada kaitan dengan tindakan Kementerian Luar Negeri mengarah pulang dua diplomat kanan Malaysia di Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini. MG
Wisma Putra siasat isu rakaman suara seorang individu kepada “Datin”
Baca Artikel Menarik:
- Fahmi bidas Rafizi Ramli
- Kejam! Zionis biar wanita Palestin yang ditembak berlumuran darah hingga mati
- Perkahwinan anak David Beckham ‘paling membazir’
- Sajian Tujuh Kawah Wak Lan Dan Pencuci Mulut Raja Buah Memang Berbaloi Untuk Santapan Berbuka Puasa
- LHDN Komen Video Aisar Tunjuk Duit Berkepuk-Kepuk
- Nurul Izzah tidak bertanding pada pemilihan PKR
- Bung Moktar tempelak Muhyiddin cakap tak serupa bikin
- Penyanyi Yasin Perlu Rawatan Pakar Psikiatri Segera – Peguam
- Status hina Nabi Muhammad, Uthaya kena angkut dengan polis
- Amirudin sindir Farhash ikutnya ke mana saja
- Ketua parti, menteri minta saya lompat parti
- Banduan lolos dari tahanan pecah masuk rumah penduduk pula
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.