Rusia mahu tamatkan order dunia AS

MOSCOW – Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov menyatakan bahawa operasi ketenteraan khas di Ukraine bertujuan untuk menamatkan order atau aturan dunia  yang didominasi oleh Amerika Syarikat (AS), lapor laman berita RT, kelmarin.

Beliau berkata,  Washington sudah sekian lama mengukuhkan penguasaan dengan melaksanakan peraturan sendiri dan melanggar undang-undang antarabangsa.

Beliau merujuk kepada percubaan AS untuk melaksanakan ‘order  antarabangsa berdasarkan  peraturan sendiri’ yang mendapat tentangan kuat daripada  Moscow dan China.



“Operasi ketenteraan khas Rusia bertujuan untuk menamatkan perluasan tidak tahu malu oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan usaha AS serta Barat yang mahukan penguasaan penuh di pentas dunia.

“Penguasaan ini dibina dengan melanggar undang-undang antarabangsa dan melaksanakan undang-undang sendiri,” ujar Lavrov.

Tambah beliau, Rusia adalah antara negara yang tidak akan tunduk kepada kehendak Washington.

Rusia tidak mempunyai masalah untuk menjadi sebahagian daripada komuniti antarabangsa yang setara tetapi tidak akan memberikan kuasa atau kawalan penuh kepada Barat.



Lavrov turut mengecam Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell kerana kelihatan seperti menggalakkan lebih banyak pertempuran di Ukraine.

Borrell baru-baru ini mengumumkan akan menyalurkan lebih banyak bantuan ketenteraan kepada Kiev. Lavrov menganggap keputusan itu sebagai keterlaluan.

“Apabila seorang ketua diplomatik (Borrell) mengatakan bahawa konflik tertentu hanya boleh diselesaikan melalui tindakan ketenteraan, keputusan itu bersifat peribadi.

“Sama ada beliau bercakap sedemikian tanpa berfikir panjang atau membuat kenyataan tanpa sebarang perbincangan, namun apa yang dinyatakan adalah sesuatu yang melampaui batas,” kata Lavrov.



Katanya, Rusia  percaya peranan EU beralih  semasa krisis di Ukraine. Sebelum ini blok tersebut tidak bertindak sebagai organisasi ketenteraan yang ‘berjuang secara kolektif menentang ancaman yang direka-reka’.

“Ini adalah hasil tekanan AS yang mendesak EU supaya bekerjasama lebih rapat dengan NATO,” kata Lavrov. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pencuri telefon kena ‘smackdown’, tewas di tangan wanita



Gadis cantik jadi buruh sanggup pikul simen

Amalan Dilakukan Rasulullah s.a.w. Ketika Berbuka Puasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker