Majikan pukul bodyguard didakwa miliki kenderaan mewah hasil haram
Majikan pukul bodyguard didakwa miliki kenderaan mewah hasil haram
Seorang ahli perniagaan yang sebelum ini berdepan sembilan pertuduhan jenayah memukul dua pengawal peribadinya didakwa sekali lagi atas pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan pemilikan kenderaan mewah dan premis judi di Mahkamah Sesyen, hari ini.
Chung Chee Yang, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tujuh pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin kepadanya di hadapan Hakim Helina Sulaiman.
Turut didakwa dan mengaku tidak bersalah atas masing-masing satu pertuduhan sama adalah isterinya, Lim Lee Cheng,40 dan ibu Chee Yang iaitu Tan Kwee Eng, 65 selain Ng Min Lin,43; Tan Kah Hock,37; Khor Beng Sin; 68; serta Lai Yee Peng,73.
Pada prosiding tersebut, Chee Yang didakwa bersama Lee Cheng menggunakan sebuah premis bagi menjalankan aktiviti haram sebagai mesin operator judi.
Chee Yang turut didakwa bersama Lee Cheng serta Kwee Eng, Min Lin, Kah Hock, Beng Sin dan Yee Peng, kerana memiliki kenderaan hasil wang haram yang diletakkan atas nama mereka iaitu masing-masing jenis Bentley Continental GT dan Flying Spur W12, BMW X5, Toyota Alphard dan Honda Accord.
Kesemua kesalahan dilakukan di Bandar Sunway, Subang Jaya dan Bandar Botanik serta Bandar Bukit Tinggi di Klang antara 15 dan 16 April tahun lalu.
Justeru, mereka melakukan kesalahan mengikut subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan pada masa kesalahan dilakukan atau RM5juta, mengikut mana lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Harris Ong Mohd. Jefffery Ong menawarkan jaminan RM100,000 kepada Chee Yang manakala enam lagi tertuduh pada kadar RM50,000.
Kesemua tertuduh diwakili Peguam Aidil Akmal Sharidan, Izzat Dzulkafli dan Ahmad Faiz Munawar memohon jaminan dikurangkan kepada RM10,000 bagi setiap seorang anak guam mereka.
Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan kepada semua tertuduh, melapor diri dua minggu sekali di balai polis berhampiran dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Sebutan semula kes ditetapkan 31 Mei depan.
Kosmo! pada 22 April tahun lalu melaporkan Chee Yang didakwa lima pertuduhan mencederakan, mengugut menggunakan pistol dan menghina Islam terhadap dua pengawal peribadi di Mahkamah Majistret Klang.
Dia kemudiannya didakwa sekali lagi sehari kemudian di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas empat pertuduhan kerana memukul pengawal peribadinya. K Online
Majikan pukul bodyguard didakwa miliki kenderaan mewah hasil haram
Baca Artikel Menarik:
- Gumpal rambut dalam tepung pelita
- Kes Langgar Mati 8 Remaja Berbasikal Lajak: Kerani Dipenjara 6 tahun, Denda RM6,000
- Bekas CEO Astro Rohana Setuju Pulangkan Aset Berkaitan Kes 1MDB
- Ibu Paksa Anak Gadisnya Buat Hubungan Seks Dengan Bapa Tiri, Pasangan Durjana Ini Dipenjara
- Roti John ‘Rentung’, peniaga tipu pembeli, hatinya tidak bersih
- Wisma Putra siasat isu rakaman suara seorang individu kepada “Datin”
- Denda RM7.7 juta jika tanam pokok Guarana Brazil
- Maut terjatuh ketika bergambar di Blue Lagoon
- Tumpu ibadat bulan puasa, Isham sindir Anwar
- Kisah Seorang Lelaki Yang Bersedekah Kepada Pencuri, Penzina Dan Orang Kaya
- Asap hitam keluar daripada anak patung serang kucing
- Tauke Jambu didakwa miliki dadah bersama 4 rakan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella
You must be logged in to post a comment.