16 maut trak langgar tebing

Sekurang-kurangnya 16 penumpang maut manakala 13 lagi cedera apabila sebuah trak yang menuruni sebuah kawasan pergunungan terpencil di wilayah Papua Barat, Indonesia, melanggar tebing, kata polis.

Trak yang membawa 28 penumpang dan seorang pemandu itu ketika kejadian sedang membuat perjalanan turun dari kawasan pergunungan Arfak ke bandar Manokwari, kira-kira pukul 2 pagi (waktu tempatan) semalam. Polis berkata, pemandu trak hilang kawalan lalu melanggar tebing.

“Kami mengesyaki brek gagal berfungsi yang menyebabkan pemandu hilang kawalan,” kata Timbalan Ketua Unit Trafik Papua Barat, Andre Manuputty kepada stesen penyiaran tempatan, Metro TV.



Sejurus pasukan mencari dan menyelamat tiba di lokasi kejadian dua jam selepas menerima laporan kemalangan, mereka menemui mayat-mayat bergelimpangan di atas jalan raya yang tercampak keluar dari trak.

“Seorang kanak-kanak adalah antara yang terbunuh. Sebilangan mangsa yang cedera kini berada dalam keadaan kritikal,” kata Andre.

Andre menambah, jalan tersebut adalah berbahaya disebabkan oleh keadaannya yang curam dan tiada pencahayaan yang jelas. – AFP

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella



Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung

Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker