Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara
LONDON – Seorang wanita di negeri Sabah, Malaysia berdepan keadaan kesihatan aneh berupa ‘tanduk’ yang tumbuh pada bahagian payudara kirinya, lapor portal berita MailOnline semalam.
Berdasarkan laporan kes dalam jurnal Annals of Medicine and Surgery, wanita berusia 63 tahun yang identitinya tidak didedahkan itu memberitahu doktor bahawa tanduk tersebut muncul secara tiba-tiba dua tahun lalu.
Ketika dia pergi ke hospital, ia semakin tumbuh dan telah membesar sepanjang 5 sentimeter serta turut berasa gatal.
Doktor-doktor memberitahu bahawa dia menghidap masalah tanduk kulit yang berlaku akibat pengumpulan keratin iaitu protein yang terdapat dalam rambut, kulit dan kuku.
Mereka percaya tanduk itu terhasil disebabkan oleh jangkitan pada kulit selepas beberapa ujian yang dilakukan mendapati anomali itu bukan kanser.
Pasukan doktor di Hospital Queen Elizabeth 2, Kota Kinabalu melakukan pembedahan untuk membuang tanduk tersebut dan pesakit berkenaan dilaporkan telah pulih.
Kelaziman berlakunya tanduk pada kulit tidak dapat diketahui, namun pasukan perubatan menyifatkannya sebagai ‘amat jarang’ berlaku.
Punca keadaan itu juga masih tidak jelas, namun saintis-saintis menemui hubung kait antara ketumbuhan itu dengan radiasi dan pendedahan melampau kepada sinaran ultraungu (UV). – AGENSI
Baca Artikel Menarik:
- Fahmi bidas Rafizi Ramli
- Kejam! Zionis biar wanita Palestin yang ditembak berlumuran darah hingga mati
- Perkahwinan anak David Beckham ‘paling membazir’
- Sajian Tujuh Kawah Wak Lan Dan Pencuci Mulut Raja Buah Memang Berbaloi Untuk Santapan Berbuka Puasa
- LHDN Komen Video Aisar Tunjuk Duit Berkepuk-Kepuk
- Nurul Izzah tidak bertanding pada pemilihan PKR
- Bung Moktar tempelak Muhyiddin cakap tak serupa bikin
- Penyanyi Yasin Perlu Rawatan Pakar Psikiatri Segera – Peguam
- Status hina Nabi Muhammad, Uthaya kena angkut dengan polis
- Amirudin sindir Farhash ikutnya ke mana saja
- Ketua parti, menteri minta saya lompat parti
- Banduan lolos dari tahanan pecah masuk rumah penduduk pula
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.