Nur Izzati perlukan RM40,000 rawat pendarahan otak
Nur Izzati perlukan RM40,000 rawat pendarahan otak
Tanggal 9 Februari lalu menjadi detik hitam dalam hidup Nur Izzati Husna Mohamad Hilmi, 19, apabila dia dikesan mengalami pendarahan otak selepas terdapat gumpalan tidak normal dikenali sebagai Arteriovenous Malformation (AVM) di beberapa bahagian kepala.
Anak sulung daripada tiga beradik itu yang juga penuntut Universiti Teknologi Petronas (UTP) jurusan teknologi maklumat, sebenarnya menghadapi masalah tersebut sejak lahir yang dipercayai ada kaitan dengan penyakit jantung berlubang dialaminya.
Ibu Nur Izzati, Marziana Mat Hassan, 46, berkata, mereka sekeluarga tidak menyedari sakit kepala yang sering dialami gadis itu ketika di bangku sekolah adalah tanda-tanda awal kepada AVM tersebut.
“Sewaktu masih bersekolah, Nur Izzati sering mengadu pening kepala dan setiap kali membawanya ke klinik, doktor menyatakan vertigo serta memberikannya ubat. Keadaan kembali pulih dan beberapa bulan pening kepala datang semula.
“Kemudian pada 9 Februari lalu, dia mengalami pening kepala yang sangat teruk, tidak boleh mengimbangi badan dan muntah. Suami mendukungnya dan bawa ke Hospital Putrajaya.
“Doktor memberikannya ubat untuk vertigo, namun keadaan tidak berubah sebelum membuat imbasan dan mengetahui ada pendarahan otak dan ia berlaku sejak anak saya lahir,” katanya kepada Kosmo! di sini.
Marziana yang juga Pegawai Hal Ehwal Islam di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, anaknya menjalani rawatan cerebral embolisation di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 5 April lalu dengan kos lebih RM40,000.
“Selepas rawatan itu, kami sangkakan ia selesai, namun doktor memberitahu, anak saya perlu melalui lagi rawatan cerebral embolisation dan satu lagi radiosurgery,” katanya.
Tambah Marziana, mereka menggunakan wang simpanan selain sumbangan daripada adik beradik, saudara-mara, rakan sekerja dan pelbagai pihak termasuk RM25,000 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
“Bagaimanapun, Nur Izzati perlu menjalani rawatan lagi pada 21 Jun dan dan kami memerlukan deposit RM40,000. Jumlah itu tidak termasuk kos lain seperti lampin pakai buang dan barangan lain. Bagi rawatan yang ketiga, kami perlu mencari lagi RM40,000,” katanya.
Bapa Nur Izzati, Mohamad Hilmi Mohad Yunos, 44, berkata, mereka tidak pernah meminta wang sumbangan sebegini tetapi kini terpaksa membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan.
Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan rawatan bagi meringankan perbelanjaan keluarga tersebut boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Islam 16018021516880 (Marziana Mat Hassan). K Online
Nur Izzati perlukan RM40,000 rawat pendarahan otak
Baca Artikel Menarik:
- Fahmi bidas Rafizi Ramli
- Kejam! Zionis biar wanita Palestin yang ditembak berlumuran darah hingga mati
- Perkahwinan anak David Beckham ‘paling membazir’
- Sajian Tujuh Kawah Wak Lan Dan Pencuci Mulut Raja Buah Memang Berbaloi Untuk Santapan Berbuka Puasa
- LHDN Komen Video Aisar Tunjuk Duit Berkepuk-Kepuk
- Nurul Izzah tidak bertanding pada pemilihan PKR
- Bung Moktar tempelak Muhyiddin cakap tak serupa bikin
- Penyanyi Yasin Perlu Rawatan Pakar Psikiatri Segera – Peguam
- Status hina Nabi Muhammad, Uthaya kena angkut dengan polis
- Amirudin sindir Farhash ikutnya ke mana saja
- Ketua parti, menteri minta saya lompat parti
- Banduan lolos dari tahanan pecah masuk rumah penduduk pula
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gadis cantik jadi buruh sanggup pikul simen