Muhyiddin Desak Kes Najib Disegerakan Tapi Kes Pemimpin PH Ditarik Balik
Oleh Nurul Aisyah
Muhyiddin Yassin memang seorang pendendam yang berhati hitam. Semua rakyat Malaysia telah tahu perkara itu dan ianya menjadi punca kekalahan teruk Perikatan Nasional (PN) dalam beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini apabila Muhyiddin menjadi poster boy PN.
Beberapa hari yang lalu beliau menggesa perbicaraan berkaitan 1MDB di Malaysia disegerakan.Walaupun tidak menyebut sebarang nama, presiden PPBM itu dipercayai merujuk kepada perbicaraan 1MDB melibatkan musuh politiknya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang masih berlangsung.
Mengenali peribadi Muhyiddin yang sanggup melakukan apa sahaja agar matlamat beliau tercapai, gesaan beliau berkenaan 1MDB tersebut mendapat kritikan ramai pihak.
Bulan Ramadhan yang mulia ini langsung tidak dapat melembutkan hati hitam Muhyiddin. Beliau hanya mampu berfikir bagaimana cara untuk membalas dendam dan menganiaya musuh politik.
Perlu kita ingat bagaimana Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli memfailkan permohonan untuk membatalkan kes rasuahnya yang dikaitkan ketika dia menjadi timbalan pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) lima tahun lalu.
Menurut salinan afidavit bagi menyokong permohonan membatalkan saman itu, Rozman mendakwa antara mereka yang cuba memujuknya meninggalkan Warisan adalah seorang pegawai SPRM, pembantu perdana menteri ketika itu Muhyiddin Yasin, dan seorang timbalan menteri. Apabila beliau enggan maka pembantu Muhyiddin itu memberi ugutan bahawa dia akan diheret ke mahkamah jika menolak tawaran tersebut.
Rakyat perlu tahu inilah cara Muhyiddin iaitu cara yang penuh dengan tawaran dan ugutan demi mencapai matlamat.
Ketika Muhyiddin dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan PN , beliau telah menganiayai Datuk Seri Najib(DSN) dengan mengenakan 10 kes oleh Jabatan Peguam Negara yang berjalan serentak.
Ini adalah senarai kes-kes yang sedang dihadapi oleh DSN:
1. Kes SRC RM42 juta – kerajaan PH
(Kes ini sudah di peringkat Mahkamah Persekutuan)
2. Kes SRC RM27 juta – kerajaan PH
(Kes ini baru bermula)
3. Kes 1MDB-Tanore – kerajaan PH
(Dalam perbicaraan)
4. Kes Laporan Audit – kerajaan PH
(Dalam perbicaraan)
5. Kes IPIC – kerajaan PH
(Dalam perbicaraan)
6. Saman sivil lucut hak dana tunai – kerajaan PH
(DSN sudah menang kes ini)
7. Saman sivil lucut hak barangan – kerajaan PH
(DSN sudah menang kes ini)
8. Saman muflis cukai RM1.7 bilion LHDN – kerajaan PH dan PN
(Kes dalam perbicaraan tapi DSN pelik kenapa wang dari sumber asing yang tidak patut dicukai tiba-tiba dikenakan cukai. Bahagian besar dana yang telah dipulangkan kepada penghantar 4 bulan kemudian juga dikenakan cukai. Tiba-tiba DSN disuruh bayar dulu, bincang kemudian sekiranya LHDN tersilap. Jika tak bayar dulu, DSN dimufliskan)
9. Saman sivil ganti rugi 1MDB US$8 bilion (RM33.5 bilion) – kerajaan PN
10. Saman sivil ganti rugi SRC US$1.18bil (RM4.94 bilion) – kerajaan PN
Kedua-dua kes saman sivil dimulakan oleh kerajaan PN. Bukan kes jenayah tetapi saman sivil untuk DSN bayar ganti rugi sebanyak RM33.5 bilion dan RM4.94 bilion sekiranya DSN bersalah.
Ironinya, yang dilantik dan dibayar oleh 1MDB/SRC untuk ketuai kes tersebut adalah peguam peribadi Muhyiddin juga.
Sepuluh kes-kes ini belum ambil kira pula pendakwaan terhadap dua peguam pembelaan DSN dan kes-kes saman terhadap ahli-ahli keluarga beliau.
Bukan hanya DSN dikenakan pendakwaan malah peguam-peguam yang mahu pertahankan DSN turut didakwa.
Kerajaan PH dan PN membazir duit rakyat mengenakan puluhan kes ke atas DSN dimana kos peguam di bayar oleh kerajaan dan kuasa untuk memulakan pendakwaan adalah kuasa mutlak kerajaan sedangkan DSN perlu tanggung kos peguam sendiri dan menghadapi setiap kes satu persatu.
DSN sudah naik turun mahkamah hampir 500 hari dalam tempoh 4 tahun sejak PRU14. Duduk dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dalam mahkamah hampir setiap kali.
Namun begitu DSN tidak lari, DSN tidak berunding dengan PH dan PN serta DSN tidak “surrender” untuk mendapat keadilan sebenar.
Berlainan pula dengan kes-kes pemimpin PH yang ditarik balik satu persatu oleh peguam negara manakala kes-kes yang mereka jelas bersalah seperti video tak HD pula tidak didakwa pula.
Malah pemimpin yang melompat parti juga tiba-tiba tidak ada kes lagi. Memang pelik. Rakyat kena tahu perkara ini.
Seterusnya kes-kes terhadap pengurusan serta pengarah SRC/1MDB juga tidak didakwa atau ditarik balik manakala pihak-pihak seperti keluarga bekas Gabenor BNM yang menerima RM700 juta dari Jho Low dan bekas menteri yang membuat keputusan SRC menerima RM85 juta dari Jho Low tidak didakwa oleh kerajaan PH dan PN yang tumbang pula.
Maklumat-maklumat ini juga tidak didedahkan dalam mahkamah oleh pendakwaan, tidak diberitahu kepada peguam DSN bagi pembelaan beliau malah dijadikan saksi pendakwaan pula.
PH dan PN menganiaya DSN dengan cara yang sangat keji dan melampaui batas kemanusiaan. Mereka bertindak seolah-olah kejahatan mereka itu tidak akan dibalas. PH dan PN lupa bahawa rakyat akan menghukum mereka dalam PRU 15 nanti.
You must be logged in to post a comment.