Rayuan ubah perintah DNAA, Zahid didakwa tarik balik rayuan

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menarik balik rayuan difailkan untuk mengubah keputusan hakim Mahkamah Tinggi yang melepas tanpa membebaskannya (DNAA) dalam kes rasuah Yayasan Akalbudi.

Menurut sumber, notis rayuan itu difailkan pada Ahad tetapi ditarik balik dua hari kemudian. Tidak jelas mengapa penarikan balik itu dibuat.

“Berikutan penarikan balik itu, pihak pendaftar Mahkamah Tinggi menghentikan pemprosesan rayuan itu,” kata sumber itu kepada FMT.



Pada 4 Sept lalu, Timbalan Pendakwa Raya Dusuki Mokhtar memohon Zahid diberikan DNAA bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu.

Permintaan itu dibuat berikutan representasi difailkan Zahid kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Dusuki juga berkata, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) akan dibentuk untuk meneliti pelbagai perkara terkandung dalam buku kontroversi bekas peguam negara Tommy Thomas yang diterbitkan pada 2021, khususnya berkaitan pendakwaan terpilih.

Berikutan perbicaraan itu, ketua pembelaan Hisyam Teh Poh Teik memberitahu pemberita Zahid akan memfailkan rayuan daripada keputusan hakim.



Pada Januari tahun lalu, Hakim Collin Lawrence Sequerah memerintahkan Zahid membela diri terhadap kes itu selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie.

Zahid dan 14 saksi pembelaan memberi keterangan untuk mewujudkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.

Beliau menghadapi 47 pertuduhan, 12 daripadanya pecah amanah jenayah, lapan tuduhan rasuah dan selebihnya untuk pengubahan wang haram.

Dia dituduh menggelapkan jutaan ringgit daripada yayasannya dan menerima rasuah untuk pelbagai projek semasa menjadi menteri dalam negeri antara 2013 dan 2018, bawah pentadbiran pimpinan Najib Razak.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai



Malu apa Ketua Pembangkangku

Bakal suami Puteri Sarah?



Nelissa trauma diraba di set penggambaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker