Amy Mastura kena makan sate buktikan tak pakai susuk

Amy Mastura kena makan sate buktikan tak pakai susuk

Biarpun semakin menginjak usia, penyanyi dan pelakon Amy Mastura sememangnya dikenali sebagai seorang yang mempunyai wajah awet muda dan ceria orangnya.

Dia yang kini mencecah usia 52 tahun baru-baru ini berkongsi video bagi membuktikan kepada peminat bahawa dia tidak mengamalkan susuk untuk kekal muda dan jelita.

Dalam hantaran tersebut, Amy dilihat menjamah sate ayam secara selamba dan berkata “Saya nak buktikan saya tiada susuk”.

Video itu ternyata telah mencuit hati netizen di luar sana terutamanya para peminat penyanyi lagu raya Setahun Sekali ini.

Kata netizen, antara penyebab Amy sentiasa tampil muda tidak padan dengan umurnya adalah kerana perwatakannya yang sentiasa ceria dan tidak stress.

Siapalah yang tuduh dia pakai susuk. Amy jenis happy, tak gila glamor, tak ada benda nak stress. Nampak muda lah.

Tambahan, jarang kita mendengar gosip-gosip murahan melibatkan Amy di media sosial, yang mungkin menjadi faktor utama penyanyi ini kekal positif dan disayangi ramai.

Amy Mastura kena makan sate buktikan tak pakai susuk

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Lebih Cantik Pakai Baju Nikah – Netizen

Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain

Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker