Warga ATM, veteran terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Warga ATM, veteran terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam akan turut dinikmati warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan veteran.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pihaknya menyambut baik pemberian bantuan itu yang sentiasa mengambil kira anggota dan veteran ATM seperti penyaluran bantuan lain sebelum ini.
“Susulan pengumuman itu (semalam), saya memaklumkan menerusi Mesyuarat Kabinet, hari ini bahawa bantuan khas kewaan ini turut merangkumi pegawai dan anggota serta veteran ATM.
“Veteran perlu berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) sama ada berpencen mahupun tidak.
“Dijangkakan seramai 120,615 pegawai serta anggota yang sedang berkhidmat dan kira-kira 200,000 veteran ATM bakal menerima manfaat bantuan khas kewangan ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Berikutan itu, Hishammuddin menyarankan veteran ATM yang masih belum berdaftar dengan JHEV supaya segera berbuat demikian bagi menikmati manfaat bantuan berkenaan.
“Kementerian Pertahanan percaya bahawa bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu anggota dan veteran ATM melakukan persiapan menjelang perayaan pada 1 Syawal nanti,” katanya.
Beliau berkata, pemberian bantuan itu juga menggambarkan keprihatinan kerajaan terhadap soal kebajikan warga ATM.
Semalam, Ismail Sabri mengumumkan kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara kerajaan.
Warga ATM, veteran terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Baca Artikel Menarik:
- Tidak Makan Bukan Salah Satu Puncanya, Ada Sebab Lain Punca Perut Kembung Dan Berangin!
- Emma Maembong dera suami?
- Analogi Nabi dan bau kasturi
- Muhyiddin ‘terdesak’ hulur tangan pada Pejuang walaupun pernah khianat
- Berbalas tembakan dengan polis, 2 terbunuh
- Bawa Diri Lebih Sedekad Menetap Di Airport Selepas Bergaduh Dengan Keluarga [VIDEO]
- Penumpang cerita pesawat ke Tawau ‘menjunam’, MAS sahkan MH2664 berpatah balik kerana ‘isu teknikal’
- Baby Shima ajak lelaki ‘belanja tunjuk burung’ bersemuka
- Dahulu tular kerana beri mas kahwin selipar, kini berpisah kerana curang
- Cara atasi mulut berbau semasa berpuasa
- “Bila Ditegur, Melenting” – Sedekah Tapi Membazir
- Jangan Lupa Amalkan! 6 Kebaikan Makan Kurma Ketika Bulan Puasa.
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Terkini: Permohonan bantuan Laptop dan Tablet dibuka
You must be logged in to post a comment.