Zahid bidas Muhyiddin teringin jadi PM semula

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata mana-mana ahli parti yang menaruh harapan untuk bekerjasama, mempercayai dan mempertahankan Bersatu dan Perikatan Nasional supaya menilai sendiri susulan pendedahan terbaru mengenai Muhyiddin Yassin.

Zahid berkata Presiden Pejuang Dr Mahathir Mohamad mendakwa Muhyiddin meminta sokongannya dalam usaha untuk menjadi perdana menteri sekali lagi.

“Presiden Bersatu dilaporkan mahu kembali menjadi PM dan mahu kerjasama dengan Parti Pejuang.



“Kita fikir mereka berdiri atas ideologi. Rupa-rupanya semua demi kepentingan peribadi,” kata Zahid dalam satu hantaran di Facebook.

Selain itu, katanya, Muhyiddin juga telah dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden Warisan, Mohd Shafie sejak akhir-akhir ini.

“Kepada mana-mana pihak dalam Umno yang masih mahu bekerjasama, mempercayai dan mempertahankan Bersatu, mereka harus menilai sendiri segala tindak tanduk politik dan tabiat pengerusi PN dan Bersatu ini yang begitu terdesak mahu kembali jadi perdana menteri.

“Mahukah kita terus bekerjasama dengan parti sedemikian?



“Umno ini tidak sempurna. Tetapi kita tidaklah terdesak, menjual prinsip dan sanggup melakukan apa sahaja semata-mata mahu menebus malu dan menggenggam kuasa,” katanya.

Dua hari lalu, Muhyiddin mendakwa dia mengambil inisiatif untuk mengadakan perjumpaan dengan pemimpin parti lain mengenai kemungkinan bekerjasama dalam PRU15 untuk menentang BN.

Ini, dakwa Muhyiddin, seleas PRN Johor, parti-parti politik itu menyedari majoriti rakyat tidak menyokong BN yang masih terpalit dengan imej kleptokrasi, walaupun gabungan itu menang dengan majoriti melebihi dua pertiga.

Muhyiddin menjadi perdana menteri pada 1 Mac 2020 selepas Bersatu menarik diri daripada pentadbiran Pakatan Harapan. Dia terpaksa meletak jawatan pada 16 Ogos 2021 selepas beberapa ahli parlimen Umno termasuk Zahid menarik balik sokongan mereka.



Susulan itu, Muhyiddin dan Bersatu memberikan sokongan mereka kepada Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob, yang menjadi perdana menteri pada 21 Ogos 2021.

Semasa pilihan raya Melaka pada 2021 dan pilihan raya Johor yang berakhir baru-baru ini, gabungan PN yang diketuai Muhyiddin masing-masing memperoleh 24.31 peratus dan 24.04 peratus undi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS



Buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor 2022 (TERKINI)

Resepi ayam menangis meraung, kecur air liur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker