Imran Khan bubarkan parlimen sebelum cubaan usul undi tidak percaya dibuat terhadapnya

Imran Khan bubarkan parlimen sebelum cubaan usul undi tidak percaya dibuat terhadapnya

ISLAMABAD: Pakistan akan mengadakan pilihan raya dalam tempoh tiga bulan ini bagi memilih kerajaan baharu selepas Perdana Menteri, Imran Khan, menggagalkan percubaan menjatuhkannya, dengan membubarkan Parlimen.

Dalam kemuncak polemik politik yang berlaku, timbalan Speaker enggan menerima usul undi tidak percaya terhadap kerajaan, sebelum Khan muncul di televisyen memaklumkan wujud campur tangan asing dalam institusi demokrasi Pakistan.



“Saya sudah menasihatkan Presiden untuk membubarkan Parlimen. Kita perlu menyerahkan kembali kepada rakyat dan mengadakan pilihan raya, biar rakyat menentukan,” katanya.

Pembubaran itu diluluskan Presiden beberapa jam kemudian.

Parlimen dijangka mengadakan perbahasan berhubung usul tidak percaya, namun timbalan Speaker yang juga penyokong Khan menolak usul terbabit, mengakibatkan kekecohan berlaku.

Usul terbabit diyakini pembangkang mampu menyebabkan Khan hilang jawatan.



“Hari ini akan diingati sebagai hari hitam dalam sejarah Perlembagaan Pakistan,” kata ketua Liga Muslim Pakistan-N (PML-N), Shehbaz Sharif, yang dijangka menggantikan Khan sekiranya usul terbabit diluluskan.

Parti Tehreek-e-Insaf Pakistan (PTI) pimpinan Khan dijangka hilang sokongan majoriti selepas tujuh Ahli Parlimennya didakwa bakal menyebelahi pembangkang dalam undian usul terbabit.

Difahamkan, puluhan lagi wakil rakyat PTI dijangka menyokong usul terbabit sekiranya dibentangkan di Parlimen.

Khan sebelum ini mendakwa parti pembangkang di Pakistan besekongkol dengan ‘kuasa asing. yang kemudian beliau dedahkan sebagai Amerika Syarikat (AS) untuk menyingkirkannya kerana tidak memihak kepada Barat dalam isu berkaitan Russia dan China. BH



Imran Khan bubarkan parlimen sebelum cubaan usul undi tidak percaya dibuat terhadapnya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong



Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker