Iklan kurma versi ais kosong buat ramai terliur (Video)

Iklan kurma versi ais kosong buat ramai terliur (Video)

Tindakan seorang pengguna mengiklankan semula situasi sebuah iklan kurma yang popular di negara ini dengan menggantikan ‘ais kosong’ telah berjaya membuat ramai ‘terliur’.

Menerusi perkongsian Shafiq di media sosial, kelihatan dia sedang merakam sebuah video secawan air kosong yang berisi ais batu sehingga menggiurkan penonton yang lain.

Namun, apa yang menarik perhatian apabila dia mengajuk suara latar iklan sebuah jenama kurma sebagai tanda untuk mengusik orang ramai pada bulan puasa.

Tambah pula, skrip yang digunakan sama seperti iklan tersebut cuma ditukarkan bahan promosi iaitu ‘ais kosong’.

“Keenakan ais kosong dari peti sejuk, ais kosong.

“Melegakan tekak, ais kosong,” ujarnya.

Sehingga kini, video tersebut berjaya meraih lebih 1.3 juta tontonan dan rata-rata pengguna lain terhibur mendengar iklan ciptaannya itu.

“Sebab itu malas buka sosial media bulan puasa ini, mesti ada yang menyakitkan hati, alahai, ais kosong macam ini la benda paling terliur sekarang ini,” komen seorang pengguna.

“Keluar masa orang puasa ini bang, memang nak kena orang ini, kuatkan iman aku ya Allah,” kata pengguna yang lain. K Online

Iklan kurma versi ais kosong buat ramai terliur


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS

Buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor 2022 (TERKINI)

Resepi ayam menangis meraung, kecur air liur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker