Game On, Najib setuju debat dengan Anwar isu Sapura

Game On, Najib setuju debat dengan Anwar isu Sapura

Najib Razak setuju untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengenai isu syarikat Sapura Energy Berhad (SEB).

Beliau meminta pasukan Anwar dan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengaturkan dengan media sekiranya ada pihak yang berhasrat menyiarkan debat itu secara langsung.

Yang mula-mula cabar untuk debat ialah Rafizi sehari dua sebelum Ramadan bermula.

Saya cuma sahut sahaja.

“Game on. Saya setuju debat dengan Anwar. ‘Let’s rock’.

“Sila berhubung dengan pembantu saya untuk cari tarikh terdekat yang sesuai bagi semua,” katanya di Facebook.

Terdahulu, Anwar berkata, beliau bersedia berdebat dengan Najib pada bila-bila masa.

Semalam, Najib menyahut cabaran debat Rafizi berhubung isu syarikat terbabit tetapi berkata ia perlu disertai Anwar.

Dalam pada itu, Najib juga berkata, beliau sudah menjawab semua kenyataan Rafizi setiap kali naib presiden PKR itu memuat naik isu Sapura di Facebooknya.

“Setakat ini, dia cuma buat posting tiga kali berhubung isu ini.

“Ketiga-tiga sanggahan Rafizi, saya sudah jawab siap dengan fakta dan bukti,” katanya.

Rafizi tipu kamu juga ke, Anwar?, tanya beliau lagi.

Game On, Najib setuju debat dengan Anwar isu Sapura


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS

Buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor 2022 (TERKINI)

Resepi ayam menangis meraung, kecur air liur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker