Terlibat plot rampasan kuasa, Hamzah lepaskan gelaran

Terlibat plot rampasan kuasa, Hamzah lepaskan gelaran

AMMAN: Bekas putera mahkota Jordan, Hamzah yang terbabit dalam plot rampasan kuasa daripada abang tirinya, Raja Abdullah II mengumumkan melepaskan gelaran dirajanya semalam.

Menerusi satu kenyataan, Hamzah mengumumkan pelepasan gelaran itu sebulan selepas mahkamah diraja menyatakan beliau memohon maaf kepada Raja Abdullah berhubung rancangan rampasan kuasa yang gagal pada tahun lalu.

“Selepas menyaksikan sejumlah perkara sejak beberapa tahun lalu, saya membuat kesimpulan bahawa keyakinan peribadi dan nilai yang bapa saya tanamkan dalam diri saya tidak sejajar dengan pendekatan, trend atau kaedah moden institusi negara kita.

“Saya diberi penghormatan besar untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat dalam kapasiti ini sepanjang hidup saya dan akan terus setia kepada Jordan yang disayangi,” katanya.

Pada 8 Mac lalu, mahkamah diraja menegaskan Hamzah bertanggungjawab atas tindakan dan kesalahannya terhadap Jordan dan Raja Abdullah sejak beberapa tahun lalu, termasuk kes hasutan.

Pihak berkuasa Jordan pada April lalu mengumumkan mereka berjaya menggagalkan usaha untuk menggugat kestabilan kerajaan.

Hamzah yang diketepikan oleh raja Jordan sebagai pewaris takhta pada 2004 menuduh pemerintah Jordan melakukan rasuah dan tidak cekap.

Mahkamah Jordan turut mengenakan hukuman penjara selama 15 tahun kepada bekas ketua mahkamah diraja, Bassem Awadallah dan bekas wakil ke Arab Saudi, Sharif Hassan Zaid berhubung plot rampasan kuasa berkenaan. Utusan

Terlibat plot rampasan kuasa, Hamzah lepaskan gelaran


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bersatu cari rakan lain kerana tak yakin dengan kekuatan PAS

Buffet Ramadhan Kuala Lumpur Selangor 2022 (TERKINI)

Resepi ayam menangis meraung, kecur air liur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker