Kerajaan wajar pertimbang pemberian peranti elektronik kepada pelajar B40 – GPMS

KUALA LUMPUR: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berharap kerajaan mempertimbangkan pemberian peranti elektronik kepada keluarga dan pelajar dari golongan B40 bagi meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan keperluan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Presiden GPMS, Mohd Alif Anas Md Noor, berkata cadangan ini wajar dipertimbangkan secara serius walaupun mengambil masa dari segi usaha pengenalpastian pelajar yang benar-benar layak, kekangan dasar dan polisi serta sumber kewangan yang terhad.

“GPMS berpendapat, kerajaan dapat menyusun semula beberapa peruntukan yang pada awalnya dikhususkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kemudiaannya tidak digunakan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sebagai contoh, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Bantuan Makanan Asrama (BMA). GPMS mendapati dua program ini mempunyai ruang penjajaran semula yang besar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

GPMS kecam kenyataan provokasi UMANY

Beliau berkata, jumlah peruntukan RMT dan BMA tahun 2020 adalah RM 1,721,304,900. Sekiranya sekolah hanya beroperasi selama tujuh bulan rentetan PKP bermakna sebanyak RM1,004,094,525 telah dibelanjakan dan masih berbaki RM717,210,375.

Peruntukan bagi tahun 2021 bagi kedua-dua program juga mencecah RM1,813,606,400 iaitu kenaikkan sebanyak RM92,301,500 atau lima peratus.

“Sekiranya dana ini digunapakai bagi tujuan perolehan peranti elektronik, hampir semua pelajar dari keluarga berpendapatan rendah bakal menerima manfaat,” kata kenyataan itu.

Katanya, sekiranya terdapat peruntukan KPM yang boleh disusun semula bersama Kementerian Kewangan, GPMS memohon supaya digunakan bagi penyediaan peranti elektronik kepada pelajar yang layak.

 

Vape kini ‘menyamar’ jadi jam tangan, radio

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker