Nenek 75 tahun ‘dikongkek’ dalam ladang tebu

BANGKOK – Polis menahan seorang lelaki di Sa Kaeo, rantau Isaan kerana didakwa membunuh dan memperkosa seorang nenek berusia 75 tahun, lapor laman berita Thaiger semalam.

Suspek, Somchai Buasing, 45, mengaku melakukan perbuatan itu selepas melihat mangsa di tepi jalan.

Dia juga mengaku mengheret mangsa ke arah ladang tebu, menamatkan riwayatnya menggunakan batu dan menyerang mangsa secara seksual.



Menurut cucu mangsa, Sittichai, neneknya menyara hidup dengan mengumpul dan menjual barangan kitar semula.

Dalam kejadian tersebut, mangsa meninggalkan rumah pada pukul 9 pagi (waktu tempatan) untuk mengutip botol dari sebuah pondok  polis berdekatan.

Namun, disebabkan wanita itu tidak pulang ke rumah sehingga pukul 2 petang (waktu tempatan), Sittichai bertindak mencari neneknya sebelum menemui mangsa di ladang tebu dalam keadaan tidak bernyawa.

Turut ditemui adalah sebuah beg mengandungi peralatan binaan, pakaian dan sebilah kapak yang dipercayai milik suspek.



Menurut polis, suspek  tiba di kawasan tersebut empat hari lalu dan berlindung untuk sementara waktu di pondok  polis tersebut.

Dia turut meminta makanan dan minuman daripada anggota polis bertugas  sebelum menghilangkan diri selepas insiden tersebut.

Polis berjaya menemui suspek semalam di sebuah kawasan tidak jauh dari lokasi kejadian sebelum dia mengaku melakukan jenayah itu. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing



Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)



Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker