Warga Singapura datang curi minyak bersubsidi selepas sempadan dibuka

Gambar yang dikongsi di laman Facebook Najib Razak.

PETALING JAYA – Pembukaan semula sempadan dua hari lalu, nyata melegakan perantuan khususnya mereka yang telah terperangkap di negara ‘orang’ sejak lebih dua tahun.

Bagaimanapun, ada segelintir penduduk negara jiran telah mengambil peluang ini datang ke Malaysia semata-mata untuk membeli minyak petrol bersubsidi RON 95 yang dikhususkan untuk penduduk tempatan sahaja.

Menerusi perkongsian di laman Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau memaklumkan bahawa petrol RON95 adalah bahan kawalan kerana diberi subsidi yang tinggi.

“Adalah melanggar Akta Kawalan Bekalan kerajaan jika menjual RON95 kepada warga asing.



“Pada ketika ini, petrol RON95 Malaysia pada harga RM2.05 satu liter adalah ke-11 paling rendah dalam dunia iaitu lagi murah dari beberapa negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi, Mesir, UAE, Jordan dan Oman,”katanya.

Mengulas lanjut, Najib berkata, hanya RON 97 dibenarkan dijual kepada warga asing dengan harga RM3.91 satu liter di Malaysia.

Bagaimanapun katanya, ia masih jauh lebih murah berbanding harga S$3.02 (RM9.37) bagi RON95 dan S$3.51 (RM10.90) bagi RON97 di negara jiran sebab petrol dikenakan cukai yang tinggi.

“Jika warga asing isi 40 liter RON95 sahaja, kerajaan akan rugi RM68 wang rakyat kepada warga asing di mana subsidi yang diberi untuk RON95 di Malaysia adalah sekitar RM1.70 satu liter,”ujarnya.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna berang dengan sikap penduduk negara jiran yang sesuka hati telah mencuri minyak subsidi yang sepatutnya untuk rakyat tempatan.

“Harap pihak berwajib ambil tindakan terhadap stesen minyak, tiada kompromi,”kata Abd Rahim Saidin.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Hasnah Majid.

“Bukan minyak petrol sahaja yang mereka beli sesuka hati, minyak masak paket pun warga asing guna. Sudahnya subsidi kerajaan untuk rakyat Malaysia, tapi warga asing yang bersenang lenang,” tulisnya



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun



Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker