Lelaki Bawa Warga Asing Lari SJR, Polis Terpaksa Lepas Tembakan (Video)

Lelaki Bawa Warga Asing Lari SJR, Polis Terpaksa Lepas Tembakan (Video)

Polis terpaksa melepaskan lima das tembakan termasuk ke arah tayar Nissan X-Trail selepas kenderaan itu cuba membolosi sekatan jalan raya (SJR) Operasi Samseng Jalanan.

Sekatan itu dibuat semalam di Kilometer 200 Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) di Gambang.



Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dalam laporan Harian Metro berkata, kenderaan berkenaan berhenti selepas satu kilometer daripada SJR akibat tayar pancit.

Sebelum itu, suspek dikatakan memecut laju kenderaannya secara tiba-tiba semasa menghampiri SJR.

Suspek menggunakan lorong kecemasan sebelum cuba masuk semula ke lorong laju. Anggota yang bertugas juga hampir dilanggarnya.

Polis melepaskan tembakan ke udara sebagai amaran namun pemandu enggan berhenti menyebabkan kenderaan peronda lebuh raya (EMPV) terpaksa mengejarnya. Selepas kenderaan berhenti, suspek juga melarikan diri ke kawasan semak berhampiran sebelum berjaya ditangkap.



Hasil siasatan polis di dalam kenderaan menemui 12 warga Myanmar tanpa dokumen pengenalan diri. Turut bersama ada seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dipercayai anak saudara suspek.

Suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 186 kanun sama kerana menghalang tugas polis serta Akta Imigresen 1959.

Kenderaan itu dipercayai dari Kelantan menuju ke Petaling Jaya Selangor. HM

Lelaki Bawa Warga Asing Lari SJR, Polis Terpaksa Lepas Tembakan (Video)




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong



Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker