Pengeluaran KWSP: Yang berangan tukar rim tayar, lebih baik simpan

HARI ini permohonan pengeluaran one-off wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mula dibuka untuk mereka yang layak.

Sebelum pengeluaran terbaharu itu, kerajaan membenarkan penyimpan KWSP untuk mengeluarkan sehingga RM71,000 daripada dana persaraan mereka menerusi tiga program pengeluaran KWSP.

Pastinya ramai yang kehidupan terjejas dek pandemik dan mangsa banjir di beberapa negeri amat bersyukur dengan keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan KWSP untuk kali terakhir itu.

Mereka boleh menggunakan wang simpanan tersebut untuk merancang perbelanjaan baharu, mencukupkan apa yang kurang dan menggantikan apa yang sudah musnah.

Namun, pasti ada juga segelintir rakyat yang tidak terjejas atau bukan mangsa bencana alam akan mengambil kesempatan untuk turut sama memohon.

Mereka mungkin ada perancangan tersendiri dengan wang tersebut.

Ada yang mahu menggunakannya sebagai modal pelaburan, membeli barangan kemas sebagai aset pelaburan jangka panjang dan tak kurang juga belum merancang ke manakah wang itu mahu dibelanjakan.

Atau ada yang berangan mahu tukar rim tayar, nak ganti cat kereta dan tak mustahil ada yang nak ‘sambar’ telefon pintar terbaharu.

Ingatlah pesanan pakar ekonomi dan kewangan, gunalah duit KWSP itu dengan cara bijak dan berhemah.

Belanjakan untuk perkara perlu sahaja.

Cuba cari akses pelaburan baharu lebih menjamin kelangsungan wang simpanan anda itu untuk jangka masa panjang.

Jangan sesekali gunakan wang simpanan hari tua untuk melaram.

Usah berjoli sakan beli sofa baharu, tukar langsir mahupun beli set pinggan mangkuk baharu untuk sambut Aidilfitri tahun ini dengan duit KWSP.

Jika anda rasa tiada keperluan mendesak dan bajet kebiasaan masih mencukupi untuk menampung kehidupan pada masa-masa mendatang, tak usahlah gatal-gatal tangan atau berhajat untuk membuat permohonan pengeluaran one-off itu.

Biarlah wang simpanan tersebut tetap kekal dalam akaun satu KWSP anda.

Biar jumlahnya beranak pinak dan boleh dijadikan sebagai wang saraan apabila sudah bersara kelak.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]

Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya

Pelajar mahukan ilmu takkan aibkan pensyarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker