Asbab alahan pada kehamilan, Tom buang tabiat sebagai perokok tegar sejak berusia 16 tahun

PETALING JAYA – Dua puluh tahun merokok, penyanyi Tom akhirnya akur menghentikan tabiat merokok akibat berdepan masalah alahan teruk sepanjang kehamilannya kali ini.

Berdepan alahan paling teruk sepanjang hidupnya, Tom bagaimanapun bersyukur mampu lari daripada tabiat memudaratkan kesihatan tersebut dek tidak tahan rasa loya terhadap bau asap.

“Meskipun alahan kali ini sangat teruk tetapi saya gembira kerana dapat berhenti merokok yang merupakan tabiat buruk.



“Saya hisap rokok sejak berumur 16 tahun dan akhirnya kini saya sudah seminggu tidak sentuh langsung.

“Alahan kali ini buat saya tidak boleh bau asap rokok,” katanya menerusi perkongsian dalam status Instagram, semalam.

Justeru, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 37, berharap mampu menghentikan tabiat tersebut selama-lamanya.

“Harap selepas ini insya-Allah tidak mahu sentuh rokok lagi dan kalau boleh sampai bila-bila,” tambahnya lagi.



Sebelum ini, Tom pernah mengalami keguguran semasa usia kandungan mencecah tiga minggu.

Situasi duka yang dilalui Tom tidak berpanjangan apabila suaminya, Fuad Rahman yang juga penyanyi mendedahkan isterinya itu kembali hamil.

Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia.

Menerusi dua perkahwinan terdahulu, Tom dikurniakan tiga cahaya mata berusia antara lapan hingga 15 tahun



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain



Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini

Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)



Cebisan mayat berselerak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker