Khayla perlukan bantuan segera
Khayla perlukan bantuan segera
Georgetown: Waris kepada Khayla Adha Mirza Imran, 6, kini buntu memikirkan kos bagi pembedahan anak bongsunya yang mengidap penyakit Osteogenesis Imperfecta (OI), kerana masih belum mencukupi.
Ibu kanak-kanak itu, Khairol Niza Zaffarullah Khan, 42, berkata, kini, mereka memerlukan sebanyak RM43,000 lagi bagi mencukupkan keseluruhan kos pembedahan sebanyak RM80, 000.
Katanya, doktor pakar menjangkakan pembedahan itu akan berlangsung selepas Aidilfitri di sebuah hospital swasta di sini.
“Keadaan terkini Khayla semakin membimbangkan berikutan mengalami patah pada tangan, paha dan kaki secara tiba-tiba ketika bangun daripada tidur minggu lalu.
“Ketika kejadian, dia baharu sahaja pulih selepas mengalami patah tangan beberapa minggu lalu yang mengambil masa lebih sebulan untuk pulih,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Terdahulu Harian Metro pernah melaporkan mengenai kanak-kanak malang berkenaan yang memerlukan sumbangan bagi merawat penyakitnya.
Akibat penyakit berkaitan tulang rapuh itu, Khayla hanya mampu duduk dan baring, manakala pergerakannya juga agak terbatas.
Berikutan penyakitnya yang jarang berlaku di Malaysia, hanya terdapat sebuah hospital swasta yang menawarkan pembedahan di kaki Khayla dengan anggaran kos sebanyak RM80,000.
Menurut Khairol Niza, dia berharap pembedahan berkenaan dapat dilakukan secepat mungkin berikutan anaknya itu yang akan bersekolah di Tahun Satu, pada tahun depan.
“Saya amat berharap pembedahan itu kelak akan memudahkan pergerakan Khayla di sekolah selain boleh bergaul dengan rakan sebaya.
“Besar harapan saya bagi melihat Khayla pulih walaupun tidak sepenuhnya, tambahan pula dia sering beritahu sudah tidak sabar hendak belajar di sekolah bersama rakan,” katanya lagi.
Bapa kanak-kanak itu terpaksa berhenti kerja sebagai pengurus keselamatan di sebuah kelab di Juru, pada Januari lalu berikutan keadaan Khayla yang memerlukan pengawasan, manakala Khairol Niza pula menjual roti di rumah bagi mengumpul wang pembedahan.
Bagi sebarang sumbangan. boleh hubungi Khairol Niza di talian 011-3712 7515. HM
Khayla perlukan bantuan segera
Baca Artikel Menarik:
- Kita ada satu lagi spesies katak istimewa, sindir Azalina
- Reputasi bertaraf dunia faktor Sapura Energy layak diselamatkan
- Yasin beritahu Syed Saddiq segerakan kelulusan ganja untuk perubatan (Video)
- Saya tak bersuara ketika itu sebab Sapura bukan syarikat GLC, Najib beritahu Rafizi
- Telinga, Muka Pelajar Ini Terkoyak Diserang Anjing Dengan Lebih 800 Gigitan
- Pensyarah bantu pelajar B40 beli laptop siapkan tesis akhir
- ‘Hubungan Pas-MN, Ibarat Kita Duduk Baik Dengan Bini Kita’ – Idris
- Bumi Tak Bergerak, Kenyataan Ustaz Kazim Buat Netizen ‘Speechless’
- Limosin Putin Direka Seperti ‘Kubu Mudah Alih’ Bernilai Hampir RM800 juta
- Bella beritahu dia diikat, dicili, dijirus air panas: Saksi
- Pelakon Zarina Anjoulie Mengaku Ambil Dadah
- Mengapa Rasulullah s.a.w. Anjurkan Bermusafir Pada Waktu Malam?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.