Kecewa isteri minta cerai, lelaki ambil semula hadiah perabot rumah

Lelaki tersebut bersama ahli keluarganya pergi ke rumah keluarga bekas isterinya dengan membawa sebuah lori. – Facebook Nok Ipeh

JAKARTA – Gara-gara sakit hati kerana isteri meminta cerai, seorang lelaki di wilayah Jawa Tengah mengambil semula barangan kelengkapan rumah yang dihadiahkan kepada wanita berkenaan, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Berdasarkan klip video yang tular, lelaki itu dan ahli keluarganya  pergi ke rumah keluarga bekas isterinya dengan membawa sebuah lori.

Mereka kemudian mengambil semua hadiah yang diberikan ketika berkahwin dan memuatkannya ke dalam lori tersebut.

Antara yang diambil adalah almari serta beberapa barangan kelengkapan rumah yang lain.

Kekecohan yang berlaku pada waktu malam itu turut disaksikan oleh jiran tetangga dengan ada yang bersorak dan marah melihatkan kelakuan lelaki tersebut.

Tindakan itu dikatakan diambil kerana lelaki berkenaan tidak dapat menerima keputusan isterinya yang ingin berpisah dengannya selepas rumah tangga mereka mengalami masalah.

Video tersebut menjadi tular, manakala ramai netizen memberikan pelbagai komen.

“Rasa sakit hati ada kalanya boleh menghilangkan kewarasan akal fikiran,” kata seorang pengguna.

“Kenapa buat begitu? Kalau sudah namanya hadiah, ia sudah menjadi hak milik isteri walau apa juga masalah yang berlaku,” ujar seorang lagi. – AGENSI

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]

Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya

Pelajar mahukan ilmu takkan aibkan pensyarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker