Ismail Sabri tiba di Jakarta untuk lawatan kerja

JAKARTA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Jakarta, Indonesia pagi Jumaat bagi memulakan lawatan kerja singkat.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada jjam 7 pagi waktu Indonesia barat, kira-kira 8 pagi waktu Malaysia.

Beliau dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Indonesia Joko Widodo, seterusnya menyaksikan penandatanganan memorandum persefahaman berhubung penggajian dan perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia (MoU PDI).



MoU bersejarah itu bakal ditandatangani Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan bersama rakan sejawat Menteri Ketenagakerjaan Indonesia, Ida Fauziyah.

Malaysia dan Indonesia pertama kali menandatangani MoU PDI itu pada 13 Mei 2006 di Bali dan susulan daripada itu, Protokol Meminda MoU PDI telah ditandatangani pada 31 Mei 2011 di Bandung yang telah tamat pada 30 Mei 2016.

Selesai acara, Ismail Sabri dan Jokowi, yang bertemu buat kali kedua dalam tempoh lima bulan sejak November 2021 dan akan mengadakan sidang media sebelum menunaikan solat Jumaat bersama di Istana Merdeka.

Sebelum itu, ketibaan perdana menteri di lapangan terbang disambut oleh Ida Fauziyah, Saravanan dan Kuasa Usaha Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Adlan Mohd Shaffieq. – Bernama



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]

Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya



Pelajar mahukan ilmu takkan aibkan pensyarah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker