ePemula: Dua juta belia bakal terima manfaat e-Tunai

ePemula: Dua juta belia bakal terima manfaat e-Tunai

SERAMAI dua juta belia bakal menerima manfaat e-tunai yang dinamakan ePemula.

Kementerian Kewangan Malaysia berkata, di bawah Bajet 2022, sejumlah RM300 juta telah diperuntukkan untuk inisiatif e-tunai berkenaan.



Menurutnya, belia yang layak akan menerima kredit e-tunai sebanyak RM150 setiap seorang melalui aplikasi e-dompet yang dipilih.

“Empat penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go Wallet telah dipilih untuk menjayakan program ini.

“Buat masa ini, keempat-empat penyedia perkhidmatan e-Dompet tersebut mempunyai jaringan peniaga runcit melebihi 1.2 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar kenyataan itu lagi, memandangkan programberkenaan akan bermula pada pertengahan bulan April, peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang masih belum berdaftar untuk menerima bayaran pembeli secara elektronik atau tanpa tunai (cashless) disarankan untuk mendaftar dengan penyedia perkhidmatane-dompet yang terlibat bagi mendapat manfaat daripada pelaksanaan program ePemula berkenaan.
E9



ePemula: Dua juta belia bakal terima manfaat e-Tunai


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]



Orang hanya tengok negatif saja – Jasmine Suraya

Pelajar mahukan ilmu takkan aibkan pensyarah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker