‘Anak-anak Yasin faham apa berlaku’
Abang kepada Yasin Sulaiman, Zain (gambar atas) meluahkan, anak-anak penyanyi dan komposer itu menaruh harapan tinggi untuk melihat bapa mereka dibebaskan.
Zain berkata, kedua-dua anak Yasin iaitu, Sameer, 12, dan Malaika, 17, juga berharap agar perjalanan perbicaraan bapa mereka dipermudahkan.
“Saya dan anak-anaknya doakan agar Allah SWT mempermudahkan segalanya.
“Anak-anak dia juga menaruh harapan yang tinggi dan sangat tabah.
“Mereka semua menunggu Yasin,” katanya ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, hari ini.
Terdahulu, pemilik nama penuh Mohd Yasin Mohd Sulaiman itu hadir ke mahkamah bagi menjalani perbicaraan tuduhannya berhubung kes menanam 17 pokok ganja.
Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Kota Damansara jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.
Ia merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.
Penyanyi itu turut didakwa mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram di lokasi, masa dan tarikh sama.
Dia dituduh di bawah Seksyen 39B(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) akta sama.
Jika disabitkan kesalahan hendaklah dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, perlu disebat tidak kurang 15 kali.
Selain Zain yang mewakili keluarga, turut dilihat hadir memberi sokongan moral kepada Yasin ialah Akbar anggota kumpulan Brothers.
Pada masa sama, ditanya mengenai keadaan anak-anak Yasin, Zain menjawab mereka sedia maklum perkara yang berlaku.
“Mereka faham apa yang berlaku pada dia,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kita ada satu lagi spesies katak istimewa, sindir Azalina
- Reputasi bertaraf dunia faktor Sapura Energy layak diselamatkan
- Yasin beritahu Syed Saddiq segerakan kelulusan ganja untuk perubatan (Video)
- Saya tak bersuara ketika itu sebab Sapura bukan syarikat GLC, Najib beritahu Rafizi
- Telinga, Muka Pelajar Ini Terkoyak Diserang Anjing Dengan Lebih 800 Gigitan
- Pensyarah bantu pelajar B40 beli laptop siapkan tesis akhir
- ‘Hubungan Pas-MN, Ibarat Kita Duduk Baik Dengan Bini Kita’ – Idris
- Bumi Tak Bergerak, Kenyataan Ustaz Kazim Buat Netizen ‘Speechless’
- Limosin Putin Direka Seperti ‘Kubu Mudah Alih’ Bernilai Hampir RM800 juta
- Bella beritahu dia diikat, dicili, dijirus air panas: Saksi
- Pelakon Zarina Anjoulie Mengaku Ambil Dadah
- Mengapa Rasulullah s.a.w. Anjurkan Bermusafir Pada Waktu Malam?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gangguan Seksual: Pemandu Van makan penampar bapa murid [VIDEO]